Langkau ke kandungan utama

SIFU DI RTM : Penerbitan Buku Bahasa Melayu PTS Cemerlang


KALI pertama saya bertemu dengan Sifu PTS, Puan Ainon Mohamad pada 4 November 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Ketika itu, Puan Ainon mewakili PTS Publication Sdn. Bhd. (salah satu syarikat buku Melayu terbesar pada hari ini) di dalam menerangkan dunia penerbitan buku. Panel kedua adalah Puan Norimah Bajuri mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka (wakil kerajaan). Program yang sepatutnya dihadiri oleh panel ketiga iaitu wakil Alaf 21, tidak dapat hadir.

Walaubagaimanapun, bagi slot tersebut saya mendapat input yang berbeza. Pertama, perwatakan seorang penceramah yang mewakili sektor kerajaan (DBP) adalah lebih lemah berbanding dengan perwatakan seorang penceramah yang mewakili sektor swasta (PTS).

Maaf jika ada yang tidak menyenangi. Sekurang-kurangnya saya perlu belajar blue ocean strategy seperti yang diamalkan oleh syarikat swasta.

Barangkali pengalaman Puan Ainon yang terlalu banyak menyebabkan tokoh ini berjaya memikat pendengar di dalam menyampaikan hujah. Siapa yang tidak mengenali beliau, salah seorang tokoh wanita (seperti Perempuan Melayu Terakhir) yang berjuang mati-matian di dalam perarakan GMP pada awal Mac yang lalu di hadapan Istana Negara. Bagi saya, Puan Ainon adalah satu-satunya wirawati yang sanggup turun ke padang demi memartabatkan bahasa ibunda.

Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris) masih tidak berkesudahan walaupun sudah tukar kepimpinan. Tetapi baru-baru ini saya mendengar isu ini akan dibawa ke Parlimen. Saya tunggu sahaja.

Apapun, program Diskusi Bual Bicara Dari Luar Lingkaran yang membariskan dua orang tokoh wanita yang saya kenali iaitu Sifu PTS dan Puan Nisah Haron, aktivis sastera juga seorang pengarang wanita yang seringkali mengangkat tema perundangan di dalam karyanya, memberi pencerahan kepada saya.

Kali terakhir saya mendengar rakaman bual bicara Saudara Faisal Tehrani di dalam radio IKIM kurang sebulan yang lalu membicarakan karyanya ‘Tunggu Teduh Dulu’ dan semalam (20 April 2009) saya sendiri dapat mendengar keluh bicara Puan Ainon di dalam membentangkan masalah penerbitan dan bahasa Melayu itu sendiri. Syabas. Suara Sifu PTS sudah bergema di dalam kaca TV.

Sekurang-kurangnya pihak kerajaan tidak ‘memilih’ panel di dalam menyampaikan pandangan dan hujah. Tahniah. (Ni sayang kerajaan ni…)

Jika kalian mahu kenali lebih rapat dua orang tokoh ini, sila cari link beliau di sebelah ini. Pertama, Puan Ainon Mohamad dan yang kedua Nisah Haron.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)