Langkau ke kandungan utama

Bulan Kesibukan dan Sayembara

Manuskrip karya seorang penulis muda

SAYA akan hadapi bulan kesibukan. Dan perkara itu saya sudah mula terasa. Pertama, saya bakal berpindah ke Asrama Pelajar Johor (Rabaah). Kedua, tugasan ke arah majlis dan program PMRAM yang semakin menghampiri. Ketiga, muktamar sanawi PMRAM yang akan berlangsung tidak lama lagi memerlukan perancangan yang rapi dan teliti.

Dan, di dalam keripuhan ini, saya gagahkan juga menerima manuskrip karya antologi cerpen 'Hati Seorang Lelaki' (rajah di atas) yang ditulis oleh dua orang penulis muda hari ini.

Insya-Allah, saya akan cuba menyelesaikan tanggungjawab itu satu-persatu. Tetapi secara peribadi saya lebih gemar menyelesaikan kerja manuskrip tersebut kerana perkara itu lebih akrab dengan jiwa.

SAYEMBARA NOVEL FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI.

Saya diminta oleh Abang Rozlan Mohamed Noor, urusetia sayembara novel (juga editor Utusan) untuk mengumumkan Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2009. Justeru, kepada teman-teman yang berminat boleh sahaja sertai. Ada hadiah menarik menanti.

PERTAMA : RM 15,000.00 , sijil dan trofi.
KEDUA : RM 7,500.00, sijil dan trofi.
KETIGA : RM 5,000.00, sijil dan trofi.
LIMA HADIAH SAGUHATI : RM 500.00, sijil dan trofi.

Ulasan

thaaqhib berkata…
salam. ust.
terma dan peraturan macam mana?
rahmahmokhtaruddin berkata…
salam..
thanks komen awak..
sampai mesir org baca blog sy..

hurm..
ahadiat akashah?
x minat sgt, tp bc mcm tu je la..
sy lg suke bc novel karangan abdul rahim awang, ramlee awang murshid dan lain-lain yg ceritanya berat sikit.. awak minat ke?

btw, sy kakak adlan..
bukan adik dia..
alhamdulillah, nmpk muda...
hehe..

terima kasih jugak untuk semangat yg diberi..

boleh x sy nk link page awak ni?
rahmahmokhtaruddin berkata…
oritey..

ya ustaz
nk tny, nape tny tentang ahadiat akashah?
rahmahmokhtaruddin berkata…
owh..
ye ke?
xtau pulak sy..

hebat awak analisis cara penulisan sy..
saya sendiri pun xtau..
x pnh pulak blaja sastera yg sebetul-betul sastera..
setakat belajar ms tgktn 4 dgn 5 tu ade la..

sy cuma tulis dgn cara sy.. yg sy senang.. hehe..
boleh la, belajar melalui pembacaan blog org lain..
ni tgk blog awak, mungkin boleh belajar cr penulisan yang lain pulak..

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)