Langkau ke kandungan utama

Ahli Politik atau Ahli Akademik?

SENARIO keadaan negara yang hari ini benar-benar menjadi trend kepada saya untuk mengulas beberapa perkara yang berkaitan dengan isu politik negara. Tetapi harus disedari saya bukanlah 'teringin' benar menjadi seorang ahli politik. Artikel sebelum ini yang bercerita berkenaan khulasah politik pentadbiran negeri Perak tidaklah mencerminkan saya adalah seorang pro kepada mana-mana parti.

Berhujah secara akademik adalah sesuatu yang tidak boleh lari daripada tanggapan dan pemikiran seorang mahasiswa yang mahukan negara bersikap adil dan saksama. Adalah menjadi tidak adil melabelkan pihak 'A' atau pihak 'B' yang salah di dalam beberapa keadaan dan kes. Tetapi sebenar-benarnya yang lebih penting adalah permuafakatan di dalam bertindak dan persefahaman di dalam memilih kebenaran.

Jika seseorang berhujah secara akademik juga dilabel sebagai pro kepada mana-mana parti adalah lebih adil kita tidak ada pemikiran.

Usah salahkan saya bahawa kedapatan juga pegawai tinggi kerajaan yang kini berpihak kepada pembangkang atas dasar penyelidikan mereka. Ini bermakna, bukan semua pegawai kerajaan harus menyokong dasar UMNO.

Kesimpulan : Mana lebih baik, jadi ahli politik atau ahli akademik?


Ulasan

Abqori Bro berkata…
Salam.

Pastilah jawapan yang tebaik adalah menjadi ahli akademik. Atau istilah yang lebih tepat sebagai seorang ilmuwan.

Sebab itulah saya lebih cenderung membaca entri-entri di Rausyanfikir. Benar-benar membuka fikiran.
Ibnu Ali berkata…
Dalam masalah label ini. Kurang gemar mengikut barat. Bagi saya, menjadi ahli akdemik atau politik bukan masalahnya. Yang penting diri itu.

Islam hadir dengan pakej lengkap. Individu Muslim itu ternyata dipertanggungjawabkan oleh Allah dengan pelbagai taklifan.

Samada ahli akdemik atau politik, jika tidak menguntungkan Islam bahkan menjadi fitnah kepada Islam. Inilah yang mejadi masalahnya.

Wallahua'lam

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)