Zikrayat : Sekitar Saya Mendewasa Di Kota Padang Pasir Mesir








Kembara gersang ini masih terasa.
Tiga tahun berlalu sudah,
mengimbau kesan-kesan sejarah,
tatkala luka masih berdarah
hingusan masih bercuka
kini hilang semua kesan itu,
kerana
diri sudah dewasa.

Zaman dahulu ditebarkan
dengan kesan-kesan yang lama
dan kini diri terseksa
sebelum Ilahi memanggil nama
dan ketika itu
sudah tertutup jasad sementara.

Iman dan takwa laksana wira
mampu bertakhta setiap masa
dengan teguh bersatu nyawa
kudrat dibina hingga menyeksa.

Dalam kalbu dingin ini
terimalah keampunan yang damai.

8 April 2008

Ulasan

Catatan Popular