Langkau ke kandungan utama

PMRAM, Faisal Tehrani dan Panas!

Saya belum selesa kerana Syaqah PMRAM masih membeku!

Barangkali tentunya kalian tidak senang duduk. Melihat laman web PMRAM yang masih belum beroperasi dengan lancar semenjak Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 yang lalu. Akhirnya, baru-baru ini apabila kenyataan daripada webmaster untuk memaparkan laman web pada 21 April juga terbantut. Barangkali itu yang difikirkan kalian.

Ya! Saya juga merasainya. Saya juga manusia yang rakuskan sesuatu kepuasan. Saya juga insan yang tidak boleh duduk senang dengan ketidakjayaan laman web PMRAM di dalam mengolah kerja-kerja semasa. Apakah dengan melayari blog HEWI PMRAM sahaja, sudah puas untuk kita nyatakan kerja PMRAM sudah lengkap? Barangkali saya sebagai pengarang baru ini, mahu menjelaskan.

Kami punya 15 orang Badan Pengurus PMRAM dan 15 orang AJKT HEWI PMRAM. Ditambah dengan 7 orang penasihat. Ini bermakna, kami bergerak hasil daripada bantuan 37 orang sahaja. Kami ada bermacam-macam pakar. Dan, daripada sejumlah besar kami ini, barangkali kami tidak ada pakar web yang boleh ditandingi daripada kalian.

Tentunya kalian lebih selesa menatap web dan blog BKAN dan DPM masing-masing dengan saban berita yang memaparkan berita-berita dunia hari ini dan sebagainya. Tetapi, mungkin canggung bagi kami. Yang kami ada, adalah seorang pengurus web yang mampu membuat kerja-kerja ringan semata-mata ingin menggerakkan laman tersebut. Tentunya kalian tidak merasai keperitan ini bukan?

Tentu juga kalian akan memarahi kami. "Ala, mungkin sahaja PMRAM memilih kroni di dalam mengubahsuai laman web." Ya! Tentunya kami akan menjawab kenyataan kalian itu benar! Kami bukan pilih kroni tetapi kami harus memilih seorang insan yang mengetahui sistem kami. Seorang insan yang mampu menguruskan kerja-kerja dalaman web dengan baik. Tidak lebih daripada itu.

Sedari itu, saya memohon kemaafan andai yang ditunggu belum tertunai. Insya-Allah, paling lewat, esok, lusa dan mungkin sahaja sekitar satu minggu lagi ianya akan selesai. Moga-moga ianya akan menjadi satu bahan promosi baharu selepas kerjanya terhenti sementara.

Saya juga harus mewakili PMRAM di dalam menyatakan bahawa segala kerja buat PMRAM berjalan di dalam keadaan baik. Tidak ada yang lebih daripada kami menyelesaikan kerja-kerja urusan kebajikan mahasiswa sementelah mengadakan penutupan program menjelang peperiksaan awal April lalu. Oleh itu, sekali lagi saya juga ingin mohon maaf kepada kalian andai ada yang tersilap.

Faisal Tehrani jadi isu sebahagian mahasiswa?

Tentu sahaja ada yang melenting dengan Saudara Faisal Tehrani (FT). Lebih-lebih lagi mereka yang taasub pada PAS. Anda tahu apa itu PAS? PAS adalah Parti Islam Se-Malaysia. Parti yang sudah bergabung dengan Barisan Pakatan Rakyat dan mereka juga berangan-angan untuk menentang Barisan Nasional suatu hari nanti. Opps! Maafkan saya jika ada bahasa yang saya gunakan kasar. Lebih-lebih lagi saya sebagai seorang pemimpin (baca : yang diwara-warakan lah)

Saya punya jiwa yang satu. Saya punya hati yang saksama. Menegakkan keadilan. Ya! Saya bukan orang Anwar Ibrahim yang memperjuangkan KEADILAN. Saya juga bukan orang kanan sesiapa. Tetapi, saya seorang pengarang yang mahu memperjelaskan keadaan sebenar.

Barangkali saya sukar mentafsir apa yang diutarakannya. Dan, saya juga orang baharu untuk mengenal politik Malaysia yang ada kucar-kacirnya. Saya memahami benar apa yang disampaikan. Oleh itu dengan bahasa mudah saya juga mengatakan bahawa apa yang diutarakan oleh FT tadi ada kebenarannya. Mengapa? Tunggu saya ulas nanti.

Saya bukan pro mana-mana pihak. Tetapi saya ada kerajaan saya sendiri. Anda, bagaimana? Mahu taasub pada kenyataan Imam Syafie sahaja kah? Atau kita juga mampu untuk mengenal Imam-Imam yang lain untuk berhujah?

Panas Yang Melanda Menguatkan Azam Kita

Menempuh musim peperiksaan dalam kehangatan dan bahang musim panas ini semestinya amat menggerunkan. Tetapi, barangkali kita juga amat selesa dengan keadaan begini.

Kita mampu untuk berehat panjang di dalam kamar peribadi, kita mampu berlengah-lengah di dalam membuat urusan peribadi. Dan tentunya kita juga malas dengan diri sendiri.

Tetapi, kita kena belajar hidup di dalam kesusahan di dalam fatrah imtihan ini. Kita harus menggalakkan diri kita agar tidak tidur kemudian hari. Kita jua punya nafsu yang sama, mahu kecapi hari bahagia, sedangkan pengorbanan kita tidak setara mana. Kalian lebih tahu kerana kalian juga mahasiswa kita.

Saya mohon ampun jika saya mengguris hati mana-mana pihak. Saya pengarang biasa sahaja. Mampu melontarkan idea yang saya kira selesa pada saya.

Sekian.

Pejabat PMRAM
05.53 petang



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)