Langkau ke kandungan utama

Panggilan Ke Makam Auliya'

Oleh : Ammu Amni (Syafiq Zulakifli)
Selepas melawat Makam Auliya Sekitar Kaherah, Mesir

Salah sebuah masjid di Kota Kaherah Lama (Masjid Hakeem Bi-Amrillah) dikatakan masjid Syiah.

Penulis di hadapan masjid

TENTUNYA menulis di dalam keadaan bercampur baur riak hati tentunya tidak selesa. Alhamdulillah, jiwa bertambah reda. Buku dan kitab mampu dibuka semula. Selepas ditimpa musibah yang nyata, saya ingin membawa diri jauh daripada semua bencana.

Tinggalkan semua retorik baru saya itu. Semalam, saya mengikuti jaulah ke makam auliya bersama kepimpinan Badan Pengurus PMRAM. Alhamdulillah, niat kami untuk berjalan-jalan memperingati ulama besar di bumi Mesir ini akhirnya selesai sehingga jam 4 petang. Benar! Mana ada perjalanan yang tidak memenatkan.

Walaupun, saya banyak kali merungut "Bila nak habis ni!" Tetapi, saya tidak pernah berniat begitu. Tentunya saya mahu keseronokan di dalam perjalanan. Bagi saya tidak 'mesra' kalau lawak-lawak manja tidak diselitkan bersama kawan-kawan. Tentunya mereka semua faham.

Ini kali ketiga saya mengikut jaulah ke makam auliya. Dan, daripada kesemua makam yang saya pergi, kali ini, saya melawat hampir 70% tempat yang baharu. Sebelum ini, ada juga tempat-tempat yang saya pernah lawati tetapi, kali ini juga tempat yang saya lawati bukan tempat-tempat biasa.

Makam siapa ya?

Pertama, kami dibawa masuk ke dalam Kota Kaherah Lama. Benar! Saya kira mereka yang sudah lebih lima kali melawat makam pun, tidak masuk ke dalam Kota Kaherah Lama. Tentunya pengalaman ini adalah pengalaman baharu kami.

Selepas itu, beberapa makam yang terletak di kawasan Attaba- Sayyidah Nafisah- dan Jabal Muqattam, kami lawati. Kalau hendak dihitung saya sememangnya langsung tidak ingat berapa banyak makam yang kami sampai. Mudah kira, saya anggarkan lebih daripada dua puluh buah makam.

Di dalam makam Imam Ibn Hajar Asqalani

Ada makam yang terurus dengan baik, dan ada juga yang tidak terurus dengan baik. Yang paling 'kami' kesal adalah makam Imam Ibn Hajar Asqalani pengarang kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari. Ini adalah makam ulama besar yang tidak dijaga. Mengapa? Adakah tiada pihak yang mempedulikannya lantas menjadikan makam sebagai tempat persemadian sahaja?

Telaga Zam-Zam Di Kaherah

Tentunya kalian tidak percaya bahawa telaga zam-zam ada di Kaherah. Tetapi bagi saya, bukanlah telaga zam-zam sebenar yang berada di sini, tetapi rasa 'kemanisan' zam-zam itu terlekat di telaga ini. Alhamdulillah, ketika melawat Masjid Sultan Hanafi, saya bersama rakan diberi peluang merasa kelazatan air telaga di sini. Saya berseloroh dengan kawan-kawan, "Kita tak perlu ke Mekah! Di Mesir pun sudah ada air zam-zam."

Telaga di Masjid Sultan Hanafi

Bagi sesetengah orang tentunya Mesir bukan negara sembarangan. Ya! Memang saya akui akan kehebatan dan keaslian negara ini. Negara yang melahirkan imam dan ulama yang tentunya bukan terbina atas dasar persengketaan tetapi dibina atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sebab itu, tentunya jika kalian mengatakan bahawa Mesir hanya sebuah negara, baik kalian tenung dua atau tiga kali.

Kesan sejarahnya masih ada. Kesan ulamanya juga masih ada. Tetapi secara peribadi tentunya ulama-ulama Islam sudah berkurangan. Sehingga kini, saya terfikir satu rancangan yang perlu disiarkan oleh TV9 untuk menarik minat umat Islam di Malaysia mengenal sejarah Islam. Tentunya ia tidak sama dengan rancangan 'Jejak Rasul' TV3 ataupun 'Ziarah' di Astro.


Pada akhir perjalanan, kami menjejaki makamm Imam Izzuddin Abdul Salam dan perjalanan terus pulang melalui kawasan di hadapan Masjid Sultan Mahmoud Basha berhampiran dengan kawasan Sayyidah Aisyah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)