Buat Dua Orang Teman

Dua orang teman

Buat dua orang teman
belajar dengan tekun
teliti dengan betul
agar kita tidak terpesong
dengan akidah yang luntur.

Buat dua orang teman
yang kanan kaji hukum
yang kiri kaji sastera
tetapi yang lebih utama
akidah yang betul.

Buat dua orang teman
sepayung kita memecut
sebaldi kita bertakung
untuk mengejar ilmu menggunung.

Buat dua orang teman
mainlah api yang membakar
tapi jangan sampai hangus
kelak nanti terus tersungkur.

Dan nasihat ini,
buat dua orang teman
belajarlah
kerana ini sebuah tanggungjawab
yang tidak tertolakkan.

12 April 2008
11.56 malam

Kepada teman yang lain, giliran anda juga bakal menyusul!

Ulasan

Catatan Popular