Langkau ke kandungan utama

Benarlah Ianya Benar!


Sumber : Berita Harian Online, 8 April 2008

PENDUDUK dan pekerja yang tidak berpuas hati membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata sebagai membantah kenaikan harga barang dan kadar gaji yang tidak berubah di Mahalla El-Kobra, semalam. Penunjuk perasaan menyerbu dewan perbandaran, membakar tayar di atas jalan raya, membaling kerusi ke arah tingkap kedai dan mencuri komputer. Kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dan 80 lagi cedera dalam kejadian di bandar tepi Sungai Nil itu.

Sekurang-kurangnya 100 yang lain ditahan di merata-rata di seluruh Mesir, kata pihak berkuasa, ketika beribu-ribu penduduk ponteng kerja dan sekolah dan beratus yang lain membantah kenaikan harga makanan seterusnya mengakibatkan kemerosotan sektor pekerjaan.

Hampir 40 peratus daripada 76 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan AS$2 (RM6.38) sehari. Harga barangan asas seperti minyak masak dan beras hampir dua kali ganda beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah kekurangan meluas roti subsidi kerajaan.

Ramai rakyat Mesir di Kaherah memberi maklum balas terhadap gesaan tindakan di seluruh negara itu dengan ponteng kerja atau sekolah. Biasanya kedai ditutup di ibu negara ini dan keadaan lalu lintas tidak sesak berbanding biasa

Gesaan bagi tunjuk perasaan di seluruh negara itu adalah cubaan besar-besaran pertama oleh kumpulan pembangkang untuk menukar kekacauan pekerja buruh pada masa lalu kepada bantahan politik meluas terhadap kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Tunjuk perasaan dan huru hara di bahagian utara berlaku dua hari sebelum pemilihan utama majlis tempatan, menyebabkan kerajaan gentar dengan membuat pengecualian duti import minggu lalu ke atas beberapa barangan makanan dalam usaha meredakan ketidakpuashatian ekonomi.

Kerajaan disokong Amerika Syarikat itu dengan tegas memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilarang di negara ini, dan mereka yang terbabit biasanya ditahan oleh pasukan keselamatan Mesir. - AP

ULASAN:

Malam Majlis Dialog Perdana PMRAM di Dataran Hayyu Asyir, kami disua dengan beberapa soalan oleh ahli berkenaan isu ini. Namun, kepastian itu benar-benar terbukti pada hari Ahad yang lepas apabila 'Pemprotesan Terhadap Kenaikan Harga' dilakukan oleh penduduk di Mesir ini.

Walaubagaimanapun, saya kira hampir 100% mahasiswa Malaysia di bumi Mesir tidak melibatkan diri di dalam tunjuk perasaan tersebut. Sebagaimana yang dimaklumi, kenaikan harga barang telah mencapai kadar terlampau. Lihat sahaja isu beras yang dibangkitkan oleh ahli PMRAM ketika Muktamar Sanawi PMRAM sehingga ada yang menyatakan bahawa PMRAM seharusnya berbincang dengan Kementerian Perdagangan Mesir.

Ini membuktikan dalam hal berkaitan dengan masalah sosio-budaya, perkara yang sukar ini sememangnya tidak dapat di atasi oleh PMRAM sekiranya ia di luar bidang kuasa.

Masalah harga beras yang kini dianggarkan LE90.00 menyebabkan ada sebahagian mahasiswa kita merungut kerana tidak mendapat bekalan mencukupi. Ini ditambah dengan isu kenaikan harga rumah setiap tahun. Seperti contoh, kos sewa pejabat PMRAM pun telah menjangkau LE 1,350 selepas hampir 10 tahun didiami.

Justeru, adalah menjadi hasrat mahasiswa di bumi Mesir agar semua pusat-pusat zakat negeri menaikkan kadar sumbangan wang zakat kepada kadar yang sepatutnya demi menampung keperluan mahasiswa kita di sini. Saya yakin sekiranya mahasiswa kita tidak dibantu, kos sara hidup yang berubah ini akan menjejaskan perihal pendidikan di sini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)