Langkau ke kandungan utama

Program Di Waktu Kuliah : Ahli Salahkan Kepimpinan PMRAM?


Berapa banyak sangat program yang dilakukan oleh PMRAM selepas sesi semester kedua? Jika mahu dihitung dengan jari, program DPM dan BKAN lebih belambak. Ini belum termasuk dengan program-program bersifat "Hari Keluarga", "Bazar", "Forum Mahasiswa" dan bermacam-macam lagi yang tidak terjangkau akal fikiran.

Benar! Tidak dapat dinafikan, PMRAM mengadakan program pada hari kuliah. Itupun bukan program menyeluruh dan melibatkan penguasaan yang terlalu ramai. Jika mahu dihitung, saya lemparkan pandangan kepada BKAN mahupun DPM yang berlumba-lumba mengadakan program.

Yang pelik, apabila di'tuduh' mereka berlumba-lumba membuat program, mereka tidak mahu pula mengaku. Malah mereka sendiri mengatakan, semua itu program PMRAM.

Wah, perbandingan ini jelas membuktikan bahawa istilah "KITA PMRAM" hanya bermain-main di dalam gusi dan rahang mulut sahaja sedangkan perkara yang realitinya tidak terungkap di dalam hati.

Sedari maklum, saya sudah basi dengan sikap BKAN dan DPM yang masih mengekalkan istilah "aku-aku" dan engka-engkau". Malah, program gabungan ataupun dinamakan taakhi langsung tidak pernah disusun oleh Perancang dan Panitia, BKAN dan DPM masing-masing.

Ini satu kes yang walang dan saya menyedari hakikat ini sudah lama.

Mungkin boleh sahaja saya katakan suara saya boleh didengar selama hampir 14 hari lagi. Dan, selepas itu, ada andaian bermacam-macam yang boleh dipertikaikan. Sama ada suara saya akan sampai ke meja pentadbiran atau saya hanya sebagai pemerhati dari jauh.

Jika benar, PMRAM mengadakan program hari kuliah, saya akan pastikan program-program DPM semuanya dibatalkan kerana melibatkan hari kuliah. Dan, sementelah itu saya mencadangkan usah BKAN dan DPM berlumba-lumba memastikan bulan Mac adalah bulan program.

Yang saya perlu tahu bahawa bulan Mac adalah program Muktamar Sanawi PMRAM sahaja. Dan, saya tidak akan teragak-agak mengiyakannya.

Kita sudah cukup matang dalam berfikir. Usah berfikiran yang mentah-mentah sahaja. Mengapa tidak berani sahaja BKAN dan DPM membatalkan semua program? Dan hasilnya nanti kita akan lihat bahawa ada kesatuan yang berpanjangan.

Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Memang banyak diorang syok sendiri, cakap tak serupa bikin. Bukan selalu pun ade program-program. paling tidak bulan mac ni memang fit.

Orang yang cakap program bertembung ngan kuliyah tu pun bukannya rajin gio kuliyah. Dan bercakap semberono jer, just saje nak bercakap dan orang lain lihat "wah bagusnya dia ni! Mesti tajin gi kuliyah!".

Pada aku buat jer program, nak wat camna lagi, hanya bulan2 tertentu sahaja yang kurang kuliyah. start awal 4 dah tawaquf.

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...