Langkau ke kandungan utama

Kekalahan BN Dalam Pilihanraya : Satu Kajian Peribadi

GELORA pilihanraya masih ada bahangnya. Di sana sini sibuk berceritera tentang kebaikan dan keburukan pilihanraya. Sama ada ianya berhasil positif atau negatif, telahan itu dibawa kepada semua pengundi.

Kesepakatan yang ditunjukkan oleh semua pengundi maka terilhamlah sudah lima buah negeri menjadi milik Barisan Alternatif. Suka atau tidak, itu kehendaknya. Walaupun ada suara-suara rajin yang melirik bahawa masih ada kedapatan 'pengundi hantu' di dalam pilihanraya, namun itu semua harus diketepikan. Apa jua yang perdebatan yang menghangatkan tinggalkanlah ketepi. Yang utama, kerajaan yang sudah dibentuk harus berdiri kukuh dan menunaikan amanah rakyat dengan model baharu. (jika kerajaan yang diperintah oleh orang baharu)

Kekalahan BN di dalam pilihanraya menjadi bual bicara sebahagian mahasiswa. Sama ada sedar atau tidak, remaja yang sudah menginjak usia ke 20 tahun ke atas sudah ghairah memikirkan tentang politik negara. Tidak adil sekiranya remaja juga tidak dibenarkan berceritera tentang politik negara. Sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 (Pindaan 1997) memaksa mahasiswa tidak melibatkan diri dalam politik ini diambil serius oleh kerajaan pemerintah atau tidak, yang lebih mustahak mereka yang berhak bersuara juga boleh sahaja bersuara tanpa batas.

Beberapa individu di dalam politik negara dianggap telah mengeruhkan lagi suasana PRU ke-12 tahun ini. Antaranya kuli Rembau, menantu Pak Lah disamping isu Chua Soi Lek yang kurang daripada tiga bulan masih menjadi berita hangat ke atas semua rakyat. Tidak ketinggalan juga kepada 'raja televisyen' Zainuddin Maidin yang beria-ia menjadikan RTM sebagai televisyen kerajaan. Tentunya kehangatan Pak Lah sendiri sebagai Imam Hadhari juga menjadi punca utama kekalahan. Seorang lagi insan yang menjadi pilihan tentunya Samy Vellu yang tidak malu menaikkan harga tol.

Individu-individu ini saya kira penyebab utama kekalahan. Walaupun demikian, ada punca-punca utama lain yang mendesak kepada rakyat merubah angin dan terus memikirkan jalan selamat.

BA seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah sanggup menjadi 'ketua' dalam segala hal. Saya bukan taksub kepada Anwar Ibrahim walaupun saya pernah menjadi warga ABIM, tetapi sedari itu saya yakin Anwar menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini.

Oleh hal yang demikian, sukalah saya membuat kesimpulan bahawa rakyat punya KUASA YANG LUAR BIASA untuk mengubah tampuk kepimpinan negara. BA usah berangan-angan mahu memerintah lagi untuk penggal seterusnya jika apa yang dijanjikan tidak dilaksana. BN juga usah berpura-pura mahu merampas semula Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak, sedang mereka tidak mahu mengstabilkan negara sendiri yang sudah menang MAJORITI MUDAH sahaja.

Nota : Berulang-ulang kali saya katakan saya bukan orang politik tetapi saya seorang penulis dan perlu menulis dengan jujur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...