Langkau ke kandungan utama

Jalan-Jalan Menuju Peperiksaan

Perpustakaan Iskandariah! Berapa ramai sudah menjamahnya?

PEPERIKSAAN kita akan menjelang. Ya! Bukan lebih tiga bulan. Tetapi hanya berbaki sebulan lagi. Sedari itu, berapa banyak masa kita yang sudah dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran atau membuka diskusi bersama rakan-rakan.

Kita ada masa yang terlalu singkat. Pagi, petang dan malam. Kita juga semestinya banyak bermain daripada belajar. Aduh! Kita masih leka dengan masa. Mungkin sahaja natijah peperiksaan nanti kita yang bertanggungjawab atas segalanya. Kita-kita-kita.

Nanti, kita juga akan membawa nama. Yang baik-yang buruk. Orang-orang semua beranggapan kita tidak belajar. Mungkin sahaja kenyataan ini benar. Ada yang menemplak kita langsung tidka pernah ke kuliah. Ya! Mungkin sahaja fakta ini juga ada benarnya. Tetapi, kita juga punya maruah. Kita ada rasa terkilan dengan orang-orang ini. Tetapi, bukankah itu semua salah kita?

Kita masih tidak adil pada diri. Masa kita buang begitu sahaja. Borak- bersembang- jenaka- hi- hu- ha- hi kita berlarutan sahaja. Kita perlu tinggalkan masa-masa yang tabrak ini. Kita perlu tinggalkan meja mengarut ini. Tinggal-tinggal -dan tinggal.

Mari kita bangkit dengan satu azam baru. Tinggalkan kejahilian kita. Kita punya tekad dan semangat yang baru. Kita masih muda. Kitalah manusia itu!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...