Langkau ke kandungan utama

Ilmu Peperiksaan - Ghanimah dan Fai'

بسم الله الرحمن الرحيم

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأَنفَالِ قُلِ الأَنفَالُ لِلّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَصْلِحُواْ ذَاتَ بِيْنِكُمْ وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ إِن كُنتُ مُّؤْمِنِينَ


Apakah perbezaan antara Ghanimah dan Fai'?


Ghanimah adalah harta yang diambil secara paksa daripada kafir harbi, sama ada dalam bentuk harta boleh alih atau harta tidak boleh dialih, sama ada ia diambil ketika peperangan masih berlangsung ataupun ketika memburu musuh yang melarikan diri.

Manakala fai' pula adalah harta yang diambil secara paksa bukan pada waktu peperangan.

Tambahan :

Salab ialah harta atau senjata peribadi yang ada pada mayat tentera musuh yang dibunuh.

Perbincangan daripada ayat di atas :-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan (Anfal)?

Anfal adalah ghanimah.

2. Adakah ayat di atas adalah ayat muhkamah ataupun ayat mahsuhah?

Ulama berselisih pendapat di dalam membahaskan perkara ini. Pandangan pertama mengatakan bahawa ayat di atas adalah ayat muhkamah dan bukan ayat mansuhah tetapi ayat 41, Surah Al-Anfal memperincikan dengan lebih jelas lagi tentang kedudukan ghanimah.

Pandangan kedua mengatakan bahawa ayat ini adalah ayat naskhah daripada ayat 41, Surah Al-Anfal. Pendapat ini adalah pendapat yang dhaif.

3. Apakah itu tanfil?

Tanfil adalah pemberian bahagian kepada mujahidin yang pergi berjuang sebelum harta-harta tersebut dibahagikan mengikut pembahagian ghanimah.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Ustaz,

Tumpang berkongsi maklumat....

Lembaga pengarah PTS bersetuju (atas cadangan Chairman PTS. Hehehe...) supaya cara Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta ghanimah ditiru oleh pengurusan PTS apabila membahagikan komisen kepada semua kakitangan PTS (Chairman tidak termasuk dalam senarai penerima komisen!)

Setiap bulan, pada 30hb, jabatan kewangan PTS akan mengira jumlah kutipan hutang yang diterima daripada pengedar.

Kemudian sebahagian daripada jumlah itu diambil sebagai wang komisen untuk dibahagi-bahagikan kepada semua kakitangan PTS.

Kakitangan PTS dikelompokkan ke dalam 3 kategori (ikut cara Nabi Muhammad):

(1) Kategori "tentera berkuda" - mereka dapat lebih.

(2) Kategori "tentera pemanah" - mereka dapat kurang sedikit.

(3) Kategori "tentera berjalan kaki" - mereka dapat kurang sedikit lagi.

Komisen dibayar pada 15 hb, tiap-tiap bulan. (Gaji lain. Bonus tahunan dibayar pada penghujung tahun.)

Nampaknya, dengan mencontohi sunnah Nabi Muhammad itu, semangat perjuangan dan pengorbanan Tim PTS amat tinggi. Produktiviti mereka juga amat tinggi.

Satu topik yang menarik dibincangkan dengan lebih lanjut adalah, kriteria menentukan siapa patut masuk kategori mana. Sebagai contoh, adakah "editor" patut dimasukkan ke dalam kategori "tentera berkuda", ataupun "tentera pemanah?" ataupun "tentera berjalan kaki".

Dalam setiap syarikat, kita mempunyai banyak jawatan, jadi kita perlu ada semacam panduan dan kriteria menentukan 3 kategori "tentera" itu.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)