Pantun Untuk Pesta Pantun


Pantun ini saya karang pada tahun 2005. Bongkar sana-sini, tiba-tiba bertemu hasilnya. Masa ni, Ustaz Ishaq Hanis pun belum ke Mesir :)

Pembahas berhujah idea positif,
Sedih dan hiba natijah rasib;
Dadah dan arak gejala negatif,
Relakah remaja merubah nasib?

Gamelan Melayu semarak bernazam,
Anak teruna mengail perigi;
Memperkasa Wahdah Menyemarak Iltizam,
Laksanakah agenda mengukir peribadi?

Lantang berdiri pemuda pemudi,
Tokoh sejarah semangat berjuang;
Kemajuan teknologi wajar dipuji,
Tergadaikah mahasiswa mencari peluang?

Meliar jelatik si burung merak,
Songket tenunan jadi hiasan;
Kompang dipalu pengantin diarak,
Lestarikah watan membela warisan?

Hidangan tamu buah pulasan,
Raut disulam seorang perwira;
Adat Melayu seni warisan,
Pupuskah belia hilangnya budaya?

Pendidikan sekular wajar disemak,
Kemunduran azhari wajar dikaji;
Thaqafah dididik asuhan ulama,
Tercapaikah daie menjulang tinggi?

Ada lagi berpuluh-puluh pantun yang saya sendiri lakarkannya. Namun lebih baik semuanya disimpan.

Ulasan

IshaQHaniS berkata…
aik...
apsal ade kena mengena aku ngan pantun ni lak...?
Tarbus Merah berkata…
erm, tak ada kena mengena? Sapa kata?

Catatan Popular