Langkau ke kandungan utama

Ibu, Aku Dengar Suaramu...

Kami bacakan Yasin dan tahlil;
dengan kalimah Allah yang Maha Suci.

Kami dengarkan dia nama Tuhan;
dengan Asmaul-Husna sebagai kekuatan.

Kami laungkan zikir pnuh keinsafan;
dengan takbir senja yang sudah hilang.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! La...ila allahuallahu akbar..Allahuakbar walillahilhamdu.

Kami dengar azan Asar pada hari ini bukan azan yang biasa. Kami tangisi azan Asar ini dengan air mata nasuha. Kami akur pada ketentuan-Nya Yang Maha Mengetahui atas setiap yang berlaku.

2 Disember 2007

1.00 petang (waktu tempatan)

Ustaz Rasul berbual-bual ringkas dengan aku, dan beberapa kawan-kawan Johor di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah tentang penyakit ibunya. Lantas, aku mencadangkan agar bondanya dihantar berubat secara tradisional. Sedari itu, Ustaz Rasul menyatakan bahawa bonda beliau akan membuat pemeriksaan sekali lagi kerana simptom telah berubah (mengikut SMS yang diterima daripada kakak beliau di Malaysia). Penyakit 'batu karang' yang dikatakan pada awalnya telah menafikan segalanya.

3.00 petang (waktu tempatan)

Ustaz Rasul mampir kepadaku. Melekapkan bibirnya ke corong telinga kiriku lantas dengan suara teresak-esak mengadu, "Kirim salam pada kawan-kawan, mak aku dah meninggal dunia, aku nak balik (pulang ke Tanjung Puteri).

Keadaan itu berlaku pantas. Aku kurang pasti sepantas bagaimana. Namun, yang hanya kulihat, En Ishak selaku moderator kami dimaklumkan. Aku lihat ada manik-manik bernilai jatuh dari pipi. Tiada huruf yang kedengaran. Apabila menjadi insan pertama mengetahui perkara ini aku jadi tidak keruan. Ke hulu, ke hilir tidak menentu. Seingat aku, tadi kami sama-sama mempersenda kapal kumpulan masing-masing. Tetapi, itu perkara yang berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Aku tahu, dia sedang menangis. Menangisi insan yang paling bermakna dalam hidup. Insan yang mengenal erti tabah dan perjuangan. Insan yang tidak pernah berpura-pura mendidik. Dialah ibu. Insan yang amat menyayangi dan kasih akan anak-anaknya.

Ibu,

Kau tahu betapa aku dahagakan kasih sayangmu, setelah ayah telah pergi terlebih dahulu darimu ibu. Kau yang mendidik aku dalam susah senang, hidup dalam kedukaan. Aku hargai setiap saat bersamamu ketika suatu masa dahulu. Kau kenalkan aku dengan bermacam-macam keindahan yang sukar ku cari lagi selepas ini.

Ibu,

Semalam, aku masih lagi dengar tawamu yang masih bermadu. Aku dengar lidahmu berulang-ulang menyebut namaku. Pulanglah anakku. Aku sudah merinduimu.

Ibu,

Maafkan aku andai ada rasa sesak didadamu menanggung keperitan pengorbanan membesarkan aku. Aku tahu, tidur dan makanmu tentu tidak menetu teringatkanku. Ibu, benar aku amat merinduimu.

Ibu,

Peristiwa semalam pasti tidak berulang lagi. Aku lihat kau gagah membancuh air untuk aku. Kau masakkan lauk kegemaranku yang tidak lagi aku dapat menikmatinya selepas ini. Kau renung dalam-dalam lauk itu. Aku juga tidak pasti mengapa wajahku yang menjadi bayangan lauk pauk itu.

Ibu,

Dulu kau suapkan aku dengan tangan kananmu. Kau selimutkan aku ketika aku dalam lena. Kau kata aku anak bertuah, kerana aku tidak mentaatimu. Masa itu rupanya sudah berlalu.

Ibu,

Kalau kau dengar kalamku, akan kujadikan kau insan yang paling bernilai dalam hidup. Akan kutempatkan kau di syurga bersamaku nanti. Kau yang telah menghantarku ke sini ibu. Walau airmata perpisahan ini kau tidak lihat, tetapi inilah kudratku ibu.

Ibu,

Kau tak sempat melihat aku bawa pulang segulung ijazah ibu. Ijazah dari Universiti Al-Azhar. Ijazah yang mengatakan aku anakmu ibu.

Selamat Tinggal Ibu.

Keyakinan bahawa ayat-ayat ini yang bakal diluahkan oleh insan bernama Mohd Rasul bin Amat mungkin ada benarnya. Maafkan aku Rasul kerana mencuri hatimu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)