Langkau ke kandungan utama

Kem Ihya Ramadan - Siri 2 Dan GURU!!?













ULU TIRAM - Kem Ihya Ramadan Siri Kedua telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Savannah Hill, Ulu Tiram. Para peserta terdiri daripada anak-anak angkat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Selesailah sudah program-program di Malaysia, namun sepanjang kehadiran saya ke sini, kepuasan masih belum dapat dirasai.

Selepas pulang dari program ini, saya dikejutkan untuk mendaftarkan diri semula di SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Alhamdulillah, mulai 1 Oktober 2007 saya telah memulakan tugas sebagai guru KGSK (orang-orang Jabatan Pelajaran saje faham) di sekolah tersebut.

Demi menabur beberapa lagi sisa bakti yang belum disemai dan dibajai, saya harus lunaskan untuk beberapa minggu sebelum pulang ke bumi Mesir.

P/S : Gambar-Gambar di atas ini adalah Hak Cipta TYPEACE INTERPRISE, justeru kepada mereka yang ingin meng "copy-paste" kan, sila kreditkan maklumat ke dalam blog ini. Tiada salah pengambilan gambar ini namun, kedudukan gambar asli adalah di bawah tanggugan saya. Sekian.


Ulasan

salam. saya plajar dr politeknik merlimau melaka yg jgk bekas anak angkat yayasan bandaraya johor bahru dr 2003-2007. sy adlah sekretariat pusat Islam d poli sy. sy ingin m'buat satu program utk plajar poli spt yg t'dpt dlm program ihya ramadhan yg tuan ikuti antara bln 6 hingga bln 10. niat sy utk dekatkan plajar poli tntg m'dalami islam dan kepimpinan. satu penghargaan besar bg sy andai tuan sudi m'bantu mngandalikan program ini utk plajar poli dgn sekretariat poli kami InsyaALLAH. smoga sy dpt maklum balas dr pihak tuan scepat mungkin..

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)