Langkau ke kandungan utama

Seminggu sudah melabuhkan diri di negara sendiri. Banyak peristiwa yang boleh diukir. Tetapi, ianya semua ada yang mengundang suka dan duka. Dari Hari Pertama hingga ke hari ini, banyak sungguh ragam yang boleh saya ukirkan. Tetapi, cukuplah ia saya simpan sebagai sebuah kenangan.


Ketika menaiki SQ 493, penerbangan Singapore Airlines yang mengambil masa hampir 10 jam, saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan pulang pada hari tersebut. Ianya sungguh tidak dirancang. Namun, kehendak Allah jua saya reda di atas ketentuan Ilahi.


Insya-Allah, bermula minggu yang kedua ini, saya ada tugas lain pula. Bukan di pasar malam melihat aksi orang melelong pakaian. Bukan juga di pusat membeli - belah melihat ada yang terkinja-kinja melayan artis di atas pentas plaza. Tetapi, tugas yang memerlukan otak kanan dan kiri saya berfikir secara kreatif dan kritis. Bukan mudah untuk menggerakkan fungsi kedua-dua belah otak dengan baik. Namun, saya akan cuba buat dengan sebaiknya.


Sibuk pada minggu pertama. Saya rasa mungkin ada bebanan menggalas pada minggu kedua ini. Dua buah antologi cerpen sempat saya khatamkan. "Pusaka Cendana" dan "Warna Perang". Dan kini, saya terpaksa menyiapkan sebuah cerpen dan dua buah puisi untuk dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Ianya, berkesinambungan untuk dibengkelkan pada awal Ogos nanti di sebuah hotel yang tidak dimaklumkan kepada saya lagi.


Sungguh enak dan lazatnya menjadi penuntut di dalam bidang Syariah. Ada bermacam-macam tugas yang boleh digalas. Daripada A hingga ke Z, semuanya boleh dikuasai. Namun, sehebat mana kita, jika ilmu dangkal di dada, segalanya tidak berguna. Minggu ini juga mengajar saya untuk meneliti dunia Malaysia. Alhamdulillah, ada juga telah berubah. Tidak ketinggalan, ada pula yang masih ditakuk lama.


Perangai, kedudukan, rencam dan pelbagai gaya trend terkini dapat dilihat dengan pandangan mata kasar. Sedih. Sungguh ianya terharu buat diri saya. Apalah bongok sangat mereka ini! Tidak tahu mengenal dunia. Lantas tidak mengerti akan wujudnya akhirat. Ini sebuah omongan kosong buat kalian. Jika ada kesempatan, kita boleh bersembang lagi.
(Balai Ketibaan-Singapore Changi Airport)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)