KAHERAH - Presiden PMRAM, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain selamat menjalani pembedahan. Beliau yang dimasukkan ke wad pada jam 4.00 petang (waktu Mesir) masuk ke bilik pembedahan pada jam 7.30 petang. Pembedahan yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu telah berjaya dilakukan dengan sempurna oleh Dr. Makram selaku doktor peribadi yang menguruskan perjalanan pembedahan beliau.
Menurut Dr. Makram, beliau dikhabarkan mengalami penyakit Hernia yang merupakan penyakit lazim yang dijangkiti oleh semua kaum lelaki. Namun, kejadian aneh yang berlaku terhadap Ustaz Hairul ini memaksa pembedahan dilakukan ke atas perut beliau demi memastikan pembedahan itu berada di dalam keadaan sempurna.
Namun, apa yang lebih menakjubkan adalah ada dua lagi penyakit tambahan yang telah dapat dikesan selepas pembedahan itu. Ianya melibatkan kawasan usus yang tidak normal (semenjak dari lahir) dan ini membantutkan perjalanan normal seperti sediakala.
Keaktifan batuk, bersin, bercakap terlampau kuat adalah antara beberapa punca yang dapat dikesan penyakit ini terjadi. Difahamkan, usus yang menjalani pembedahan itu telahpun ditarik semula ke atas. Namun, menurut doktor ada kemungkinan ianya akan jatuh kembali apabila pergerakan agresif dilakukan oleh beliau.
Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Ustaz Hairul Nizam Mat Husain berada di dalam keadaan normal seperti sediakala.

Ulasan