Langkau ke kandungan utama

Mahasiswa Al-Azhar : Jangan Semua Jadi Ustaz, Ustazah?

Sedetik mengimbau kembali fakta atau beberapa hujah saya terhadap generasi Al-Azhar yang kini hanya tertumpu kepada satu bidang pengajian.

Akhir-akhir ini, golongan agama dianggap sebagai golongan kelas paling bawah dan berada haya di dalam kelompok kecil sebagai pentadbir agama, ustaz, dan ustazah. Pengkhususan bidang atau pemikiran bidang sempit ini wajar diketepikan. Secara peribadi, saya kurang bersetuju mahasiswa kita hanya berada di dalam sektor kecil ini.


Mengapa warga Al-Azhar tidak dididik di dalam bidang-bidang lain? Fenomena hari ini menunjukkan mahasiswa Al-Azhar akan mengisi kekosongan di pusat-pusat pendidikan Islam serta pusat pentadbiran Islam sama ada di jabatan-jabatan agama atau sebagainya.


Adakah dengan pasca sistem pendidikan Al-Azhar yang hanya tertumpu kepada bidang pengajian agama tanpa mengembang ke dalam bidang pengkhususan yang lain. Melihat kepada kesan-kesan negatif ini, saya menyokong semua IPTA dan IPTS di Malaysia untuk terus menghidupkan dwi-pengkhususan di semua peringkat pengajian tinggi.


Namun, permasalahan ini masih terjadi kepada golongan Al-Azhar dan mereka akan masih berada di dalam kelas manusia tahap paling rendah lagi. Justeru, tiada cara lain yang lebih berkesan selain individu sendiri mengaktifkan diri di dalam pelbagai lapangan.


Sebagai contoh, jika ada di antara kalian yang berminat di dalam bidang pengkomputeran atau pengendalian laman web, mengapa tidak mereka diajar secara mendalam di beberapa institusi yang berada di tempat mereka belajar. Adakah faktor kewangan yang terbantut menyebabkan golongan dan generasi ini sering dipinggirkan?


Selain itu, bidang-bidang pengkhususan lain seperti bidang penulisan, komunikasi massa, pentadbiran awam, penterjemahan,teknik jurubahasa, dan banyak lagi sektor pendidikan yang harus ditimba daripada hari ini agar pengalaman dapat mempengaruhi kedudukan semasa pada hari ini.


Kebangkitan golongan azhari berada di dalam pelbagai lapangan harus diberi peluang. Keterbukaan dasar Negara agar mahasiswa sentiasa berada di dalam kelas pertama. Peluang generasi akan datang selepas kewujudan sekolah kluster telah bermula, justeru di mana tapak mahasiswa Al-Azhar kita. Jangan pandang belakang. Jika ada sesuatu yang ingin diraih, berlarilah lebih laju lagi ke hadapan.


Ulasan

IshaQHaniS berkata…
Aku raselah kan, biar kan aje al-Azhar ni dengan cara tradisionalnya, tanpa perlunya double-major courses ataupun dwi-pengkhususan. Sebab ini adalah sesuatu yang menjadikan al-Azhar lain drpd lain, dan akan menjadi sesuatu yg sangat istimewa kalau dinilai dari kualiti ilmu turathnya.

dan aku nampak yang patut untuk memberikan input luar, ataupun soft-skill (mcm perkomputeran, management, creative-thingking courses dsbnya) adalah persatuan dan jabatan penuntut.

kat sini lar baru nampak fungsi pmram ngan jpmk. jgn gado2 kedua-dua ni. patut ada kerjasama dalam projek2 pembinaan 'Future Azharians'.

pmram ngan jpmk boleh buat satu kertas rangka kerja atau modul jangka masa setahun untuk membangunkan minda Azharians. supaya x de isu2 pertindihan tarikh dan pengulangan subjek program.

kita perlu mempergunakan jpmk untuk tarik semaksimum mungkin dana kewangan, sebab itu duit untuk kiata, dan kita perlu mempergunakan pmram untuk tarik semaksimum mungkin kedatangan ahli dan mahasiswa di bawahnya.

Bila kedua-dua aset (dana dan ahli) dapat berfungsi secara maksimum untuk mahasiswa dalam masalah soft-skills & globalize working-field, pasti kita bakal lihat lebih ramai mahasiswa al-Azhar dalam PTD, media massa dan unit perancang dasar negara.

InsyaALLAH...
Ibnu Ali berkata…
Teringin gak nak bagi komen... sebab ahli bait komen, aku nak join gak..huhu.

Aku setuju apa ahli bait aku cakapkan. Kita mesti mempergunakan kedua-duanya (PMRAM dan JPMK). Tu pun kalau JPMK nak support la huhu.

Sepatutnya penukaran pengarah JPMK dari seorang balaci UMNO kepada seorang Prof Madya yang ahli akademik tidak merencatkan kesinambungan perjuangan ilmiah PMRAM di bumi mesir ni. betul juga, maybe PMRAM kena ubah pendekatan nak paut hati JPMK.

Sebenarnya apa yang berlaku kat negara kita aku tak risau dengan "rendah"nya atau jatuh kelas kedua golongan azharian ni. Sebab aku lihat mereka masih maintain dalam struktur dalam masyarakat. Just aku risau "penyangak2" semakin dapat tempat dalam masyarakat dalam masyarakat.

Sejauhmana kerajaan serius nak bela golongan agama? tak perlu azhar laa, pelajar IPTA sendiri. Aku tengok muka-muka ulama ni kat TV tak lebih dari Al Kuliyah Forum perdana, sultan mati atau agong mati. Program yang hanya memnuhi waktu2 "lengang" waktu tghari jumaat, takde plak waktu premier. ini TV laa.

Radio tu aku nampak IKIM la kehadapan dalam menyiarkan suara-suara Ulama. Tapi tak puas hati kalau dengar jer. Focus kurang..

Maka aku "rasa" ubah dasar kerajaan baru jalan kot. tak ubah kerajaanlah, ubah dasar jer..maka akan berubah dari atas ke bawah.
Tarbus Merah berkata…
Apapun, kita selaku warga Al-Azhar perlu mencipta sesuatu di dalam hidup ini. Jangan nak tunggu disuap baru nak jalan.

Entahlah, jangan nak pandang belakang sedangkan kerja kita di hadapan masih lagi banyak.

Betul tak?

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)