Langkau ke kandungan utama

CERITA KAWAN SAYA


UTUSAN MALAYSIA


Tajuk :Sulaiman asah bakat kepimpinan dalam Persada

Hidup sentiasa berpandu kepada al-Quran dan al-sunah. Selain itu juga hidup perlulah sentiasa bersemangat, ceria dan sentiasa melakukan yang terbaik setiap masa. Itulah mandat yang diperjuangkan oleh Pengerusi Persatuan Ijazah Sarjana Muda (Persada), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Md. Sulaiman Muhammed.

Katanya, sebagai peneraju kepimpinan Persada, adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan kebajikan para mahasiswa sarjana muda di KUIS tidak diabaikan.

“Persada adalah persatuan yang turut berperanan dalam mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam menerajui aktiviti-aktiviti persatuan dan kebajikan,” jelasnya.

Buat masa kini, Persada menaungi empat kursus peringkat ijazah yang ditawarkan di KUIS iaitu Sarjana Muda Syariah, Teknologi Maklumat (IT), Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Rangkaian.

Ditanya mengenai isu belia dan generasi hari ini, Md. Suleiman berkata, generasi wawasan negara perlu peka dengan isu setempat dan sentiasa prihatin dengan masalah yang melanda masyarakat.

“Generasi muda merupakan tonggak dan tulang belakang negara. Justeru mereka wajar membantu golongan yang kurang berupaya,” ujarnya.

Dalam meniti era globalisasi, generasi kini disaran mengamalkan budaya sihat dalam suasana yang sejahtera dengan slogan ‘Yang tua dihormati yang muda disayangi’. Kekuatan semangat ini secara langsung dapat melahirkan masyarakat Islam Hadhari yang harmoni dan bahagia.

Sebagai generasi kepimpinan yang bakal mencorak kepimpinan masa hadapan, antara cabaran untuk menjadi seorang yang cemerlang ialah kesanggupan menghadapi pelbagai kerenah manusia daripada pelbagai latarbelakang.

Kata Md. Sulaiman, seseorang yang cemerlang perlu pandai bersosial dan bijak memilih rakan yang baik agar kehidupan sementara di dunia dapat dimanfaatkan.

“Remaja perlu mengatur strategi dalam membahagikan masa iaitu masa untuk belajar, bersosial dan berpersatuan dengan penduduk tempatan.

“Bagi melahirkan individu yang cemerlang mereka perlu mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah berputus asa dalam segenap aspek. Mereka juga perlu menyiapkan diri dalam pelbagai sudut untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar,” jelas bekas Yang Dipertua pelajar Maahad, Johor ini.

Mengenai isu negara yang menarik perhatiannya, Md. Sulaiman berkata, kos sara hidup yang terlalu tinggi akibat kenaikan harga barangan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

Ini kerana ia menyebabkan masyarakat negara ini menanggung bebanan yang tinggi terutama bagi masyarakat di kampung.

“Justeru itu, saya mengesyorkan kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat jelata. Sebagai rakyat kita perlu pandai merancang kewangan dengan bijak untuk kebaikan diri dan keluarga,” jelasnya.

Bercakap mengenai masa depan, Md. Sulaiman memberitahu, antara matlamat dan impiannya adalah untuk menjadi salah seorang ahli korporat yang berjaya dan disegani.

Sehubungan itu, beliau berazam memajukan diri terutama dalam penguasaan ilmu pengetahuan sesuai dengan saranan kerajaan iaitu pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai persediaan, Md. Suleiman menuntut di dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan E-Dagang untuk melahirkan budaya ilmu di kalangan masyarakat seterusnya melahirkan usahawan yang berjaya.

“Dorongan ibu dan ayah juga menjadi pembakar semangat untuk berjaya dalam bidang tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, kata Md. Sulaiman, sebagai rakyat Malaysia yang sudah merdeka hampir setengah abad, generasi muda perlu bersedia dalam semua aspek dari segi kekuatan luaran dan dalaman.

“Lebih-lebih lagi dalam memantapkan jati diri yang ampuh serta keazaman menjadi manusia yang boleh dibanggakan keluarga, agama, bangsa dan negara,” katanya.

Biodata

Nama: Md. Sulaiman Muhammed
Tarikh lahir: 26.07.1985
Umur: 22 tahun
Alamat: No.2 Kg. Parit Abas
82100 Benut, Pontian Johor
Status: Bujang
Hobi: Melancong dan mencuba sesuatu yang membina diri
Pekerjaan: Mahasiswa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)