Langkau ke kandungan utama

Apabila Saya Jadi Ketua Editor

Editor apakah yang sesuai bagi saya?
Al-Islam, Majalah I, Dewan Agama dan Falsafah?


Apabila saya jadi ketua editor, saya akan pastikan bahawa setiap laras bahasa di dalam penulisan adalah betul. Saya tidak mahu dimarahi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana tidak menggunakan bahasa dengan laras bahasa yang sempurna. Saya faham, bahasa merupakan jiwa bangsa. Namun, berapa ramai yang menyedarinya?

Apabila saya jadi ketua editor, saya mahukan penulis – penulis saya patuhi setiap arahan. Menghasilkan suatu kerja dengan rela bukan kerana dipaksa. Saya faham, menulis bukan sesuatu yang mudah. Kekadang diri terkongkong dengan anasir- anasir luar yang tidak memahami akan setiap keadaan yang berlaku. Namun, apa yang lebih utama adalah niat kita sebagai seorang penulis.

Apabila saya jadi ketua editor, saya tidak akan menerbitkan artikel atau sebagai fakta yang tidak jelas dan kadang – kadang membingungkan. Lihatlah beberapa artikel yang terbit pada ketika ini, beberapa elemen yang tidak di ambil perhatian adalah pemahaman terhadap isi dan jalan cerita. Ada yang beranggapan isu – isu yang palsu boleh mendatangkan kepada kemajuan dan keberjayaan sesebuah artikel. Tetapi tidak bagi saya.

Apabila saya jadi ketua editor, saya mahukan ramai penulis yang faham mengapa mereka menulis dan apa tujuan mereka menulis. Mengapa? Kerana menulis membuka minda dan mencerna pemikiran.

Ulasan

Nisah Haji Haron berkata…
Salam,
Sekadar menegur. Oleh sebab sdr ingin menjaga bahasa dan prihatin tentang bahasa, saya harap sdr dapat betulkan penggunaan "bila" dan "apabila".

"Bila" digunakan untuk soalan sahaja,
yang lain kita gunakan "apabila".

Judul entri ini sepatutnya berbunyi "Apabila Saya Jadi Ketua Editor". Dan begitulah penggunaan "Apabila" menggantikan "Bila" dalam ayat-ayat pada entri ini.

Harap maklum.

ikhlas,
Nisah Hj Haron
Tarbus Merah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tarbus Merah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tarbus Merah berkata…
terima kasih atas teguran kak nisah. Semoga banyak bimbingan dan tauladan yang berguna untuk memperbaiki diri saya.
Tarbus Merah berkata…
terima kasih atas teguran kak nisah. Semoga banyak bimbingan dan tauladan yang berguna untuk memperbaiki diri saya.
Tarbus Merah berkata…
terima kasih atas teguran kak nisah. Semoga banyak bimbingan dan tauladan yang berguna untuk memperbaiki diri saya.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)