Langkau ke kandungan utama

Kuala Lumpur - Bahrin - Kaherah dan Ripuh

Bahrin
Bilik Penginapan
Hotel Golden Tulip, Bahrin - Penginapan
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bahrin

Ini adalah beberapa rakaman media yang saya dapat rakamkan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bahrin dan terus ke Kaherah. Alhamdulillah, kini saya telah selamat tiba dan seminggu menjejakkan kaki di bunmi Anbiya' ini.

Pengkuliahan telah bermula. Untuk semester pertama tahun 3, lima madah yang saya akan hadapi.

1. Tafsir Ayat Ahkam
2. Bahasa Arab - Adab
3. Bahasa Inggeris
4. Akhwal Syakhsiah - Faraid
5. Manhaj Dakwah

Biarpun perjalanan yang memakan masa lebih dari 24 jam, namun banyak pengalaman dan perkara suka duka yang saya alami. Terima kasih kepada sahabat - sahabat yang bersama - sama saya sepanjang perjalanan.

Ripuh

Selepas seminggu di Mesir, keripuhan jelas terbayang. Disertakan agenda sepanjang seminggu di Mesir

Selasa 3 /10
Tiba di Mesir

Rabu 4/10
Hari Taklimat Pelajar Baru di Rumah Perak

Khamis 5./10
Hari Pengetahuan dan Silaturrahim di Rumah Johor
Mesyuarat Jawatankuasa kecil Kempen Bahasa Arab PMRAM di Rumah Kelantan

Jumaat 6/10
Program Muzakarah Berkelompok di Rumah Pulau Pinang

Ahad 8/10
Membuat pemeriksaan darah di Hospital Hussin, Azhar
Perasmian Majlis di Dumyat ( Program Majlis Kenduri Mahasiswa Cemerlang)

Isnin 9/10
Majlis Pembukaan MPS PMRAM 2006 di Mukhayyam Daim
Badar Kubro - di Rumah Johor
Jemputan Berbuka Puasa di Rumah Perak

Selasa 10/10
Slot Bersamamu PMRAM di Mukhayyam Daim

Ulasan

Alana berkata…
Moga adik syafik...thabat hadapi segala ujian di bumi anbiya.Teruskan perjuangan.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)