Langkau ke kandungan utama

Diari Simposium Pelajar Islam Johor

Khamis (7 September 2006)

Panggilan telefon daripada Ustaz Syukri memaksa kaki melangkah pergi meninggalkan bandaraya Johor Bahru buat seketika. Perjalanan terus diatur dengan menghubungi Rasul untuk ke Kg. Serkat, Pontian.

Setiba di bandar Pontian tepat jam 9.00 malam. Aku dijemput oleh Syukri dengan kereta pacuan empat rodanya. Malam itu, kami menghabiskan masa bersama di Kg. Serkat, Pontian. Mendapat layanan istimewa daripada keluarga angkat tempoh hari Ibu Norleda dan Ayah Jaafar. Terima kasih buat kalian.

Jumaat (8 September 2006)

Keadaan sememangnya bosan sejak dari pagi. Tiada cadangan hendak ke mana – mana detinasi. Sekeluarga mengambil cuti kerana menghadiri upacara persandingan adik di Batu Pahat. Kami bertiga tidak tahu ingin berbuat apa. Hujan tujun dengan lebat menandakan mata yang utuh ini layu dimamai lagenda mimpi yang menusuk kalbu. Enaknya tidur. He he he…

Usai solat Jumaat di Masjid Jamek Nooh Gadot, aku melangkah kaki ke rumah semula. Hidangan makan tengah hari telah terhidang. Petang itu juga, kami telah bertamu ke rumah Ayah Amin, bapa angkat dan keluarga Rasul. Bercerita tentang zaman – zaman silam amat menyeronokkan. Dulu, rumah ini sungguh riuh, namun kini bertukar menjadi sepi lantaran cuti persekolahan sudah tamat.

Malam pula, kami bertiga tidak melepaskan peluang menziarahi rumah Abang Shuib dan Kak Minah. Ayah kepada Safura, Amir Syafiq, Amir Abdul Rashid dan Amir apa ntah… Berceloteh di warung makan di Kukup memaksa aku pulang ke rumah sekitar jam 11.30 malam. Maafkan kami ibu dan ayah!

Sabtu (9 September 2006)

Hari yang dinanti telah tiba. Program Simposium Pelajar Islam Johor bermula pagi ini. Program anjuran Pejabat Agama Daerah Pontian ini banyak memberikan peluang dan ruang kepada kami mengenali dengan lebih rapat pegawai Jabatan Agama Johor dan pegawai agama pejabat daerah.

Program bermula sekitar jam 11.00 pagi. Kehadiran peserta dan fasilitator yang datang jauh menyebabkan banyak perkara dan terpaksa ditangguh. Sebermula program dengan majlis taklimat oleh Ustaz Azhar Samadon dan taaruf di kalangan urusetia dari Pejabat Agama Daerah Pontian. Sementelah itu, taklimat Kem Kaizen Gunung Pulai oleh wakil daripada Kem Kaizen tersebut. Banyak perkara dan asal usul cerita yang disampaikan kepada kami sebagai salah satu cara kami mengenali kawasan ini.

Petangnya, kami dihidangkan dengan ceramah oleh Ustaz Anuar selaku pakar motivasi. Gerak badan, gaya, persembahan yang meyakinkan mencuri perhatian peserta dan fasilitator yang tidak kering gusi terhibur.

Selepas solat Asar, aktiviti riadah dijalankan. Melukis logo kumpulan dibentangkan sebagai modul untuk peserta. Kemudian, acara ‘Dadu Gergasi’ menyaksikan perdebatan hangat antara barisan komiti pejabat agama dan pelajar al-Azhar selaku peserta yang bersama- sama memeriahkan program.

Pada sebelah malam pula, kuliah maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Wan Syarifuddin wakil kami dari Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir. Kemudian, pembentangan logo kumpulan telah dikendalikan pula oleh Ustaz Mohd. Zaini bin Salleh, Penolong Pengarah, Bahagian Undang – Undang Keluarga, Jabatan Agama Johor.

Kami diberikan peluang lena selama 2 jam pada malam tersebut. Seperti yang dijanjikan pada jam 3 pagi, rombongan bertolak ke dalam hutan untuk menyempurnakan aktiviti Jungle Tracking. Dengan hanya berpandukan tali, kami meredahi kawasan belantara dan alhamdulillah, semua peserta telah berjaya keluar jam 4.30 pagi.

Ahad (10 September 2006)

Keesokkan harinya, aktiviti riadah seperti biasa dijalankan. Pada jam 7.00 pagi, semua peserta menyertai aktiviti sukan yang dikendalikan oleh Encik Mokhtar selaku Kem Komanden. Kemudian, pada jam 8.30 pagi pula, peserta melalui aktiviti terakhir iaitu Kembara Iman yang memakan masa hampir 4 jam. Banyak laluan – laluan berhalang yang dilalui termasuklah para fasilitator. Sebanyak 28 laluan berhalang disediakan yang memastikan semua peserta akan merasai air dan lumpur sebagai hidangan dalam ekspedisi. Memang menyeronokkan.

Pada jam 11.30 pagi pula, semua peserta diminta untuk menyediakan perahu masing – masing sebagai aktiviti kembara terakhir. Kami barisan fasilitator tidak melepaskan peluang bersama – sama dengan fasilitator mengadakan aktiviti tersebut. Kami telah membina perahu yang berjaya sampai di atas air namun, tenggelam juga akhirnya. Ikat tak kuat bang…

Selepas solat Zuhur, majlis penutup secara ringkas telah disempurnakan. Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang. Peserta dan fasilitator meninggalkan Kem Kaizen pada jam 3.00 petang. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang program berlangsung. Terima kasih kepada yang terlibat. Penghulu program, Adik Mohd Kamal bin Jumali dari Maahad Muar yang telah membantu kami dalam program ini, kami ucapkan terima kasih.

Penghargaan untuk ;

Pejabat Agama Daerah Pontian
SMKA Maahad Muar – 8 orang
SMA Masriah, Simpang Renggam – 3 orang
SMA Al-Khairiah, Segamat – 11 orang
SMA Bandar Tenggara, Kulai – 4 orang
Urusetia dan Fasilitator
Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam program ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)