Langkau ke kandungan utama

Diari Seorang Lelaki

Program yang padat sepanjang satu minggu memaksa saya meninggalkan komputer riba di rumah serta keperluan internet. Bukan saya ingin menyibukkan diri. Cukuplah sekadar beberapa pengorbanan saya yang mampu diberikan oleh tulang empat kerat ini. Semuanya berjalan dengan selamatnya.

Khamis (17 Ogos)

Jam 10 pagi telah meninggalkan perkarangan rumah di Johor Bahru dan menaiki kereta sahabat saya Mohd Faiz Esa ke Kg. Serkat, Pontian, Johor. Kenderaan yang dipandu terus meredahi estet pedalaman di kota Bandar Pontian sehingga ke Pejabat Daerah Pontian. Saya telah bertemu dengan Penolong Pegawai Tanah Daerah Pontian, En. Khairul Nizam bin Mat Said untuk menyampaikan sebuah ucapan yang telah saya siapkan atas arahan beliau.

Selepas itu, perjalanan bergerak ke Kg. Serkat yang mengambil masa 20 minit dari Bandar Pontian. Kampung Serkat terletak berhampiran Tanjung Piai yang merupakan satu – satunya taman Negara kahzanah kekayaan Allah s.w.t. di muka bumi.

Pada sebelah petang, peserta yang tiba diperkarangan Kompleks Penghulu Mukim Serkat telah membantu saya mengemas dewan besar untuk majlis perasmian. Terima kasih buat sahabat – sahabat dari Kolej Islam Johor (KIJ) yang banyak membantu.

Jam 3 petang, majlis perasmian telah selamat disempurnakan. Selepas itu, kaum ibu dan ayah angkat telah pun diberikan anak – anak angkat dari kalangan mahasiswa Al-Azhar dan KIJ.

Pada sebelah malam, beberapa aktiviti santai dilakukan kerana semua peserta masih keletihan selepas memandu hampir beberapa jam bersama pacuan empat roda masing – masing.

Jumaat (18 Ogos)

Saya diminta menyampaikan Slot Motivasi kepada pelajar – pelajar tingkatan 3 dan 4 di SMK Sri Kukup, Pontian. Ini adalah salah satu aktiviti yang disusun sepanjang lima hari berprogram di Kg. Serkat.

Selepas menunaikan Solat Jumaat, kami dibawa ke Taman Negara Tanjung Piai. Dengan membayar hanya RM 1.50 sahaja, kami layak mengunjungi sehingga ke penghujung benua Asia yang dikatakan terletak di Tanjung Piai.

Senja berlabuh. Aktiviti demi aktiviti riadah petang tadi amat menggembirakan. Pada sebelah malam, Kuiz Islam dan Kemerdekaan telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukim Serkat (KPMS). Alhamdulillah, ada yang menang membawa pulang hamper dan ada pula yang berjaya mendapat hadiah misteri. Apa agaknya hadiah itu?

Sabtu (19 Ogos)

Pagi – pagi lagi semua peserta telah menyiapkan diri untuk ke SK Serkat. Peserta lelaki bersama acara sukaneka manakala peserta wanita dengan aktiviti memasak. Banyak ragam dan aksi yang ditunjukkan semasa acara berlangsung.

Tepat jam 12 tengahari, kami di bawa ke kilang keropok lekor yang merupakan perniagaan asas penduduk di sini. Tahniah kepada pengusaha yang telah melakar sejarah menjadikan Kg. Serkat salah satu destinasi percutian kekeluargaan yang amat banyak keperluannya.

Pada sebelah petang pula, peserta lelaki dan perempuan memberikan komitmen kepada saya untuk mengadakan persiapan sempena dengan persembahan nasyid dari kumpulan UNIC pada malamnya. Keripuhan membuat persiapan, memberikan isyarat kepada saya akan soal keselamatan kerana kami di tempat orang. Beberapa orang anggota polis dari Kawasan Serkat meninjau agar tiada sebarang masalah berlaku.

Jam 6 petang. Ketibaan yang dinanti telah tiba. Artis UNIC hadir di perkarangan KPMS. Saya mengarahkan Ustaz Firdaus Ahmad dan Mohd Faiz Esa untuk bersama – sama UNIC ke tempat penginapan di Taman Negara Tg. Piai.

Sesi malam adalah waktu yang paling dinantikan. Konsert UNIC berjalan dengan baik. Sebanyak lapan buah lgu diperdengarkan kepada kami. Sungguh merdu suara Fitri, Bazli dan Fadzli. Dikhabarkan Bazli akan berangkat ke Mesir pada 20 September nanti. Tahniah buat abang Bazli.

Ahad (20 Ogos)

Jam 9 pagi, kami berkumpul di KPMS. Pameran dari agensi kerajaan yang dirancang tidak muncul. Saya tidak pasti. Mungkin ada antara mereka yang sibuk menghadiri pameran ditempat – tempat lain seperti di Bandar Pontian dan lain –lain lagi. Kami dikunjungi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan meninjau pameran sekitar satu hingga dua jam.

Pada sebelah petangnya pula, saya telah memberikan taklikan kepada satu tajuk motivasi di SK Serkat. Tajuknya “ Usaha, Doa, Tawakal”. Ringkas sahaja dalam ceramah saya namun saya ingin memastikan tahap pencapaian pemahaman peserta dan anak – anak saya diperingkat rendah.

Malam isra’ mikraj telah tiba. Satu forum perdana ehwal islam telah diadakan. Kami dihadiri oleh empat orang ahli panel dari Jabatan Agama Johor, Johor Bahru. Terima kasih kepada Ustaz Mohd Khalil Mohd Noor, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah yang telah bersama – sama kami menjayakan program tersebut.

Isnin (21 Ogos)

Ramai orang kata, bila hari terakhir, saat yang ditunggu hampir tiba. Tetapi itu bukan bagi saya. Lima hari di Kg. Serkat tidak puas rasanya. Sedih dan pilu terus terasa.

Jam 10 pagi. Kenderaan Jabatan Agama Johor memasuki perkarangan KPMS. Ini menandakan program akan berakhir selepas ditutup rasmi oleh KPP Bahagian Zakat, Wakaf dan Baitulmal, Ustaz Haji Yahya bin Ahmad. Banyak juga sumbangan dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor. Terima kasih Ustaz Yahya.

Pelbagai kata – kata nasihat yang diberikan oleh Ustaz Yahya untuk kami mahasiswa Al-Azhar. Terima kasih buat kalian. Jasa kalian amat berharga.

Sebelah petang, bermulalah episod perpisahan. Anda semua mesti sudah tahu apa yang akan berlaku. Semestinya drama sediah bermula. Ibu angkat sebak ingin ditinggalkan oleh kami. Biarpun hanya lima hari, namun ianya terasa bagai lima tahun.

Tisu merah saya simpan elok dalam saku. Melihat ibu menangis, ada yang terus mengalirkan air mata. Bukan berpura – pura. Inilah realiti. Kata ibu, belum pernah lagi program sepanjang lima hari ini. Memang lama. Namun, pengalaman bersama ibu dan ayah angkat amat bermakna.

Selasa (22 Ogos) dan Rabu (23 Ogos)

Saya diminta untuk menjadi tenaga pembimbing di Sekolah Rendah Islam (ABIM) Johor. Keterlibatan bersama barisan kepimpinan seperti Ustaz Razak, Abang Jamal dan sebagainya telah lama bertapak. Saya telah bersama 20 orang peserta di dalam program tersebut melibatkan adik – adik dari darjah 2 hingga 5. Pengalaman selama dua hari bersama mereka amat bermakna bagi saya. Program Mini Tahfiz disusun dan direncana agar semua anak - anak telah dididik menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Khamis (24 Ogos)

Sakit – sakit badan selepas seminggu tidak dapat berehat di rumah. Saya tidak pernah menyesal. Berjalan dan merantau ke sini dan sana banyak pengalaman yang dapat ditimba. Maklumlah, alang – alang pulang ke Malaysia, saya kuatkan tulang empat kerat ini datang ke semua program.

Seawal jam 10 pagi, saya ke Maahad Johor untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan persediaan peserta sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Pelbagai persoalan yang ditanya bagi mendapatkan penjelasan berkenaan mahasiswa/ wi baru ke Al-Azhar.

Jumaat (25 Ogos)

Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan hari ini. Persiapan sebagai jawatankuasa persiapan (konon – kononnya) seperti biasa saya laksanakan. Dari Dewan NPC ke rumah di Bandar Baru UDA, dan pulang ke rumah saya semula di Pangsapuri Persiaran Tanjung sudah jadi kebiasaan. Kekadang saya terjah lima kali pusingan sehari. Persiapan untuk majlis pernikahan dan persandingan kakak saya akan berjlan esok hari.

Sabtu (26 Ogos) Ahad (27 Ogos)

Majlis akad nikah telah sempurna tepat jam 11.15 pagi oleh Ustaz Mohd. Noh Abdul Samad yang merupakan Guru Besar Sekolah Agama Bandar Baru Uda pada suatu masa dahulu. Beliau juga ustaz saya.

Keesokkan harinya, majlis persandingan telah di adakan di Dewan NPC (National Productivity Centre). Biar penat asal selamat.

Alhamdulillah, sekarang sedang berfikir… Alangkah bestnya kalau aku yang kahwin.

Mulahazat :
Saya minta maaf kerana gambar dan rakaman sepanjang program di dalam peringkat pencarian. Saya sedih kerana tidak memiliki kamera digital. Sukar nak buat laporan. Jumpa lagi pada lain masa. Saya telah penat menaip.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)