Langkau ke kandungan utama

Diari Hatiku


Hampir dua minggu saya tidak meng’update’ blog saya. Bukan saya malas menulis. Bukan pula saya tidak mahu lagi jadi penulis. Ripuh memikirkan segala kerja yang dibebani sebagai taklifan di Malaysia.

Seminggu yang lalu, pelbagai tempat yag saya lawati. Pulang bercuti ke Malaysia memberikan ruang dan peluang untuk meneruskan sisa kehidupan yang berbaki. Saya tidak ada masa yang panjang lagi. Hari demi hari yang dilalui banyak memberikan pengalaman baru. Ada yang manis dan ada pula yang pahit.

Kemanisan dan kepahitan itu biar sahaja saya simpan sebagai diari sepi agar ia menjadi ubat di kala sunyi sendiri. Hari Ahad yang lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke daerah Kluang, salah satu sekolah yang telah menyusurkan saya ke bumi Mesir pada hari ini. Jalan yang dilalui selama lima tahun di sana menjadi sebuah kenangan indah.

Namun, keindahan itu tidak lama. Selepas saya dipaksa keluar sekolah, gara – gara telah tamat temph belajar di tingkatan lima, saya mengubah arah ke Maahad Johor. Namun, semua itu adalah perjalanan hidup yang mungkin tidak dapat dilupakan. Tamat.

Saya akan berubah topik. Perjumpaan bersama semua generasi bekas-bekas pelajar SMAKJ di Kluang yang dianggap meriah bertukar menjadi hambar apabila hanya 20 orang sahaja yang hadir. Saya kurang pasti di mana hampi beribu pelajar SMAKJ yang dilahirkan semenjak generasi pertama pada tahun 1988. Namun, saya tidak pernah hampa di atas apa yang terjadi.

Mengimbau kenangan seminggu yang saya lalui, amat memberikan satu kenangan indah ketika hidup di zaman muda. Ia sudah berlalu. Saya yakin, semuanya tidak akan kembali ke alam yang sedia ada pada hari ini.

Izinkan saya menyorot dan mengubah topik perbicaraan. Dua perkara besar yang sedang menjadi perhatian dunia dan Negara kita pada hari ini. Saya yakin, semua telah mengerti dan maklumi. Kes Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan dan juga ancaman keganasan Israel ke atas Lubnan dan Palestin. Butakah dunia?

Saya tidak mahu berbicara panjang. Anda lebih bijak. Pemilihan di tangan anda. Saya ingin mengajak saudara/ saudari menghadiri perhimpunan besar – besaran di Masjid Taman Universiti pada hari Sabtu (5 Ogos) ini. Waktunya selepas Solat Zuhur. Perkara yang akan diperdebatkan melibatkan isu Artikel 11 dan masalah IFC.

p/s : Maaf jika saya tidak menggunakan laras bahasa yang baik. Saya hanya menulis dan melakarkan sebuah penulisan secara diari sahaja. Kini, saya sedang menghasilkan suatu kertas kerja di bawah tajuk undang – undang. Izinkan saya menjadi peguam. Terima kasih.

Diari Seminggu

30 Julai
Perjalanan ke SMAKJ, Kluang – Menghadiri perjumpaan bekas – bekas pelajar di Dewan Harun Ar-Rashid. SMAKJ, Kluang sedang menjalankan Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Tahniah!

31 Julai
Perjalanan ke KUIM, Nilai, Negeri Sembilan. – Melawat tapak projek di kampus tetap. Walau saya tidak berpeluang meneruskan pengajian di sana, namun saya adalah bekas mahasiswa KUIM. Tahniah buat diri saya!

1 Ogos
Perjalanan pulang dari Negeri Sembilan. Penat. Saya tidak pasti saya akan hidup lagi pada hari esok. Tahniah buat diri saya kerana masih terus berdiri memperjuangkan nasib saya!

2 Ogos
Perjalanan ke Lapangan Terbang Senai. Menjemput pulang bapa yang berkursus di Kelantan Darul Naim. Semenjak bertukar ke Jabatan Pelajaran Negeri Johor, jarang sekali dapat melihat bapa saya berehat di rumah.

3 Ogos
Perjalanan bermula ke Syarikat Petronas Dagangan Berhad di Bandar Baru Uda. Kemudian, Ustaz Fahrul Irfan mengajak saya ke Restoran Singgah Selalu. Selepas itu, saya memandu ke daerah Pontian, dan akhirnya dapat ke GULAM, Larkin untuk mencetak buku program sempena Program Bakti Siswa di sana. Tahniah buat diri saya yang masih lagi mampu menerima taklifan walaupun hamper futur.

Esok ke mana pula. Ada – ada saja.

Ulasan

FTTW berkata…
I wana find SeMAK Je Gen.06 can u find any of em for me? they got unpaid debt to me.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)