Langkau ke kandungan utama

Cerita Sebalik Natijah Peperiksaan


Ramai sudah ketahui bahawa natijah peperiksaan telah diumumkan. Biarpun saya sendiri tidak dapat melihat dengan kedua – dua biji mata saya tentang keputusan saya, saya yakin sahabat di Mesir menyampaikan khabar yang sebenar.

Sedikit hampa. Bukan kerana tidak naik tahun tiga. Tapi, saya tidak dapat mengulangi kejayaan semasa di Tahun Satu dengan mendapat takdir Jayyid. Bukan saya tidak bersyukur, tetapi kelemahan dan kekurangan diri saya semasa berada di Tahun Dua. Saya malas. Kitab tidak sempat dikhatamkan.

Saya masih hampa lagi. Saya dimarahi oleh ayah kerana mencipta rekod kegagalan. Saya tahu saya yang salah. Dua madah harus saya pikul untuk tahun depan. Al-Quran dan Bahas Feqh. Saya tahu bukan mudah menghafaz al-Quran. Tapi itu semua alasan. Saya perlu usaha gigih lagi tahun hadapan. Saya malu kerana tidak dapat Jayyid lagi.

Saya ada satu sikap dalam diri. Ego. Tidak boleh melihat kejayaan diri orang lain. Andai benar, saya terdengar kawan saya Hasbullah (Abul) mencapai kejayaan Jayyid pada tahun ini. Saya amat panas. Kenapa saya tidak dapat natijah seperti beliau. Kali ini memang saya amat geram. Namun, geram saya bertempat. Bukan bertujuan untuk bermusuh. Tapi, berkelahi di dalam imtihan.

Saya akan pastikan saya akan dapat memintas Abul. “Abul, ko tahu tak? Kita sedang seri 1-1. Tahun lepas ko bawa juga 2 madah, Nahu dan Qadaya. Tahun ni ko jayyid pulak. Tahun depan ko nak apa? Nak lawan ker?”

Bukan saya belagak. Bukan saya angkuh untuk menunjuk belang. Namun, inilah cara untuk saya hidup berlumba. Saya perlu ada sikap positif dalam diri. Saya perlu lebih cemerlang dari orang lain. Bukan kerana saya pemimpin. Tetapi, cukuplah hanya ingin menggembirakan hati kedua ibu dan bapa yang telah menyara saya sampai saya ke tahap ini.

Ingat lagi. Saya akan pulang dari bilik peperiksaan dengan air mata. Bukan saya gembeng, saya akan teringat kedua ibu bapa saya. Mereka yang membantu saya selama ini. Ini hadiah untuk mereka. Tapi, bukan untuk tahun ini.

Namun, saya masih boleh bergembira kerana telah mendapat dua jayyid jiddan dan empat jayyid. Jika saya tidak ada madah yang sangkut, saya yakin rekod saya akan pegang. Ini cara saya hendak gembirakan hati. Saya sedang sedih juga bersama kalian. Sabar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)