Annual Festival of BKPJM 06 merupakan program mega Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM). Sepanjang saya di dalam pentadbiran BKPJM selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan, tidak pernah walau sekali saya berhadapan dengan keadaan dan program mega ini. Pelbagai program telah di susun sepanjang 15 hingga 20 Julai 2006 nanti.
Namun, saya minta maaf kerana tidak dapat melibatkan diri bersama-sama kalian semua di dalam program itu nanti. Bermula program itu nanti, bermulalah tugas saya di tanah air. 15 Julai. Tarikh saya dijangka tiba di perkarangan Lapangan Terbang Changi, Singapura. Biarpun saya tidak dapat bersama kalian semua, namun saya yakin kalian dapat lakukan yang terbaik untuk program itu nanti.
Daripada bisik-bisik suara yang saya dengar, banyak juga perbelanjaan yang digunakan untuk menampung program itu nanti. Paling utama sekali semestinya Program KASIH yang akan diadakan pada 15 dan 16 Julai. Apa tidaknya, bakal pengantin lelaki dan perempuan sudah bersiap sedia untuk menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan.
Terima kasih saya ucapkan buat semua tenaga penggerak yang telah bertungkus – lumus semenjak bulan Mac lagi untuk mempromosikan AF BKPJM 06 ini. Saya yakin, kehadiran pastinya memberangsangkan.
Buat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), maaf yang kedua untuk kalian pula. Saya tidak dapat bersama di dalam tiga program yang besar. Bola Sepak Piala Malaysia, Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ke-49, dan Sambutan Jubli Emas (50 tahun) HEWI PMRAM.
Biarpun sebenarnya saya amat sayang kalian berdua. Namun, saya harus melaksanakan tanggungjawab saya. Maafkan saya untuk kalian semua. Saya berjanji akan menunaikan tugas-tugas berbaki saya selepas pulang ke Tanah Barakah ini nanti.
Buat negara saya, Malaysia, nantikan kepulangan saya. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan akan jadi misi utama saya.
Ulasan
Kami menunggu kepulanganmu. Sama-sama bantu DBP, khususnya DBP Wilayah Selatan memartabatkan bahasa dan sastera Melayu.