Langkau ke kandungan utama

Sayang Seorang Anak

Tahniah dan Takziah Untuk Seorang Bapa
Oleh : Anakandamu

Saya menerima emel daripada bapa saya yang kini sedang bertugas di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yassin, Tampoi, Johor Bahru. Beliau merakamkan berita yang amat gembira buat diri saya apabila beliau kini dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum (SMK Mohd Khalid, Johor Bahru) yang dulunya dikenali Maktab Perguruan Mohd Khalid. Beliau telah melaporkan diri ke sekolah berkenaan pada hari ini (24 April) dan akan mula berkhidmat di sekolah baru pada 2 Mei ini selepas cuti Hari Pekerja pada 1 Mei.

Kkesedihan telah lahir apabila saya berfikir panjang terhadap beberapa perkara penting yang akan digalas oleh bapa saya selepas ini. Sebelum ini, semasa beliau ditempat sebagai Penolong Penyelia Petang, banyak juga tugas yang sering dibebani. Apa tidaknya, jadual waktu persekolahan, saban tahun beliau yang menyiapkannya. Jika bukan cuti persekolahan bulan Disember, cuti – cuti semester yang lain juga mengganggu kelancaran rehat bapa saya. Saya khuatir, bebanan dan tugas yang kian bertambah seperti saya disini (Mesir) bakal sama digalasi beberapa hari yang akan menjelang. Apapun yang berlaku, saya tetap berdoa kepada Allah yang Esa agar memberikan kekuatan kepada bapa saya, lantas menjadikan beliau terus cemerlang di dalam kerjayanya menelusuri kejayaan – kejayaan lampau yang pernah dihasilkan oleh beliau sehingga layak memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang beberapa tahun yang lalu.

Pengalaman menghantar tiba dan dan mengambil pulang bapa saya dari sekolah masih berlegar-legar di ruang sanubari saya. Melihat karenah pelajar –pelajar sekolah beliau (SDARY) sejak saya dibangku sekolah rendah sehingga saya menuntut di bumi Al-Azhar, merupakan medan perjuangan yang amat banyak meninggalkan kenangan yang manis. Biarpun berat mata memandang, namun hati ini sering menyatakan saya sayang bapa saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)