Langkau ke kandungan utama

Catatan

Perintah Masuk Bumi Palestin

Oleh Syafiq Zulakifli Perjalanan sirah melalui rancangan Ibrah yang dikongsikan bersama-sama oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman tiba pada saat perjalanan kaum Nabi Musa a.s. diperintahkan untuk masuk ke bumi Palestin. Dalam penghujung perjalanan kisah Nabi Musa a.s. untuk terus berdakwah kepada kaumnya, karenah yang ditunjukkan oleh Bani Israel makin bertambah. Malah dengan segala bentuk helah dan cubaan untuk mempersendakan Nabi Musa a.s. akhirnya Allah Taala masuk campur pada penghujung perjalanan kisah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Maidah ayat 12 yang bermaksud, “Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tun...

Nabi Musa Masuk Istana Firaun

Nabi Musa Masuk Istana Firaun Oleh Syafiq Zulakifli, Penerbit Rancangan Radio IKIMfm Pada kali ini izinkan saya menyorot perkongsian ilmu Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman di dalam rancangan Ibrah yang bersiaran pada hari Isnin pukul 5.15 petang di radio IKIMfm. Seperti minggu- minggu sebelumnya, Ustaz Syaari mengupas perkongsian melalui kisah perjalanan Nabi Musa a.s. di bumi Mesir menghadapi Firaun. Pada siri yang ke-10 ini, perjalanan Nabi Musa a.s dan abangnya Nabi Haron a.s. disingkap melalui perincian yang lebih teliti berdasarkan ayat-ayat Allah di dalam al-Quran ketika diperintahkan Allah untuk menghadap Firaun. Di dalam Surah An-Nazi’at ayat 18 dan 19, Allah berfirman yang maksudnya, “Maka katakanlah (kepada Firaun), “Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan). Dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepada-Nya?” Perintah Allah s.w.t. agar Nabi Musa a.s menjalankan tanggungjawab menghadap Firaun menjadi perbahasan utama ...

Hadiah Sastera Darul Takzim IX

WAKTU ITU TELAH BERLALU dua anugerah satu masa kenangan lalu lebih bermakna kerana bermula tinta dengan sebatang pena dan papan kekunci yang membawa kejayaan hakiki. dan waktu itu pun berlalu dengan semangat baharu idea baharu gagasan satu. terima kasih si pembeli pena dan perawat jiwa di kala sendu. SYAFIQ ZULAKIFLI Nusajaya 2 Syawal 1435H

BLOG WAJAH BAHARU

Setelah beberapa tahun menggunakan gambar seperti di atas; lalu ia kembali mengingatkan saya tentang dunia Gaza. Gambar di atas sebenarnya merakamkan kenangan manis saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Gaza.  Catatan itu saya bakal saya lanjutkan nanti setelah pelbagai cerita-cerita merakamkan pengalaman peribadi sendiri. Sejujurnya, kenangan ke bumi Gaza sehingga karya saya diangkat di dalam HADIAH SASTERA DARUL TAKZIM KE- IX dan HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN yang diberikan kepada saya pada bulan November 2013. Cerpen BUKAN YATIM GAZA meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap diri sendiri. Oh lupa, kesarjanaan bermula. Ayuh kita gembleng pemikiran baharu dan gagasan baharu. Selamat.

Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu Lain Sekarang Lain. MEMANG BENAR. Masa berlalu dengan begitu pantas. Tujuh tahun berlalu dengan begitu pantas. Oh, sekarang sudah mendewasa dengan pelbagai ceritera dan kerjaya. Sedar atau tidak, ini kali pertama saya mengirim pesan di dalam blog peribadi ini. Saya fikir mahu mengubah kepada konsep laman web. Insya-Allah nanti saya akan laksanakan. Tahun 2014, selepas tamat Semester 3, pengajian Sarjana Usuluddin - saya mahu mengambil semangat kembali mengarang. Saya akan mengarang dan menulis cerita-cerita tentang dunia akademik dan dunia penyiaran negara.  Ilmu baharu, rentas baharu. Pemikiran baharu. 2014. Gambar di bawah sekadar mengimbau kenangan.

Misi Kemanusiaan Dan Qurban 2013

PENGALAMAN SUKARELAWAN | Memilih menjadi seorang berani menempuh cabaran adalah sesuatu yang luar biasa. Dalam debar menanti lebih daripada 8 jam akhirnya dipatahkan dengan satu keputusan saya dan rombongan tidak dibenarkan masuk ke Al-Aqsa. Saya minta maaf kepada semua ahli rombongan kerana saya menjadi asbab kalian tidak dapat masuk ke bumi Al-Quds. Saya pernah menyertai International Freedom Flotila II pada tahun 2011. Segala maklumat ada dalam simpanan pihak berkuasa Israel. Dalam sesi soaljawab (dah macam duduk dalam penjara) banyak soalan yang tidak terduga ditanya termasuklah misi bantuan ke Gaza tahun lalu bersama Aman Palestin Bhd. Penat saya perlu menjawab persoalan demi persoalan. Yang paling meninggalkan kesan adalah soalan berkenaan nama kapal yang saya naiki masa pelayaran tersebut. Mana nak ingat...tapi Allah bagi ilham dan saya ingat semula nama kapal itu. Pengalaman misi kali ini adalah paling amat mencabar saya kerana sejak peristiwa semalam sewaktu dirampas...

Ada Apa Pada Suku Terakhir 2013

SUKU terakhir untuk tahun 2013 ini tentunya pelbagai penantian yang ditunggu. Pertama, kehadiran Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012 yang saya fikir anugerah sastera paling berprestij sejak 28 tahun yang lalu. Saban tahun, HSKU menjadi medan ujian para penggiat sastera terutama yang menulis di dalam kategori novel remaja, cerpen, cerpen remaja dan puisi secara eceran di dalam majalah atau akhbar terbitan Utusan. Apapun, penantian itu pastinya akan terjawab tidak lama lagi. Saya tidak pasti sejak bila saya tertumpu kepada Hadiah Sastera ini tetapi seingat saya sekitar tahun 2005 menjadikan saya terlalu mengambil tahu akan kehadiran anugerah ini. Kedua, Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT) IV merupakan program dwi tahunan anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama GAPENA, Kerajaan Johor dan DBPWS. Saya tidak pernah hadir ke program HSDT ini tetapi amat mengambil tahu tentang hal ehwal yang berlaku di dalam jagat sastera negeri Johor. Saya difahamkan Sayembara Penulisan ...