Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tutup Pengajian Islam

BARANGKALI artikel yang saya tulis kelmarin amat bertepatan dengan perbahasan daripada Ustaz Hasrizal Jamil Sila klik artikel beliau di atas. Tajuknya mudah. "Pengajian Islam Sudah Tidak Releven?" Secara peribadi, saya sebagai penuntut ilmu agama juga terkesan dengan kajian beliau. Lebih-lebih lagi sebagai seorang daripada sejuta individu yang mempelajari ilmu agama dan syariah. Sebab itu saya fikir bahawa jika mudah ilmu pengajian Islam ini mudah-mudah sahaja didagangkan oleh pengkaji bukan dalam aliran agama sebenar, kita wajar tutup pengajian Islam di universiti. Kerana, ilmu agama ini mudah sahaja diketik dengan tetikus di laman sesawang internet dan boleh dibahaskan melalui pemahaman dan pemikiran kita. Bukan saya menafikan golongan cendiakawan yang mahu mengkaji Islam tetapi bagaimana metod pemikiran dan pengolahan ilmu itu disusun dan tidak mendatangkan kesan negatif kepada institusi agama. Lihat sahaja masalah perdebatan di dalam membincangkan ilmu-...

Seorang Mahasiswa Syariah

SAYA pernah menulis sebuah sajak yang berjudul "Ada Apa Dengan Dua Tahun", selepas dua tahun menuntut ilmu di dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar. Khali. Melihat rakan-rakan maju ke hadapan dengan wacana ilmu syariah yang pelbagai ketika itu saya mencemburuinya seketika. Lantas fikir saya, apakah benar saya adalah mahasiswa pengajian Islam di dalam bidang Syariah yang mampu mentadbir syariah mengikut lunas-lunas dan kewajipan Islam. Mengikut perkiraan, saya 'menawarkan' diri memilih pengajian Bahasa Arab sebelum ke Al-Azhar. Namun, mungkin rezeki dan ditakdirkan oleh Allah, saya diangkat menerajui satu sektor ilmu iaitu pengajian syariah. Hari ini, hampir menamatkan pengajian setelah saya menjawab 47 kertas soalan peperiksaan bagi melengkapkan pengajian bermula tahun 1 sehingga tahun 4. Namun dari sisi yang lain, apakah sejumlah hampir setengah abad matapelajaran dan kertas soalan itu saya mampu mengulang bicara satu-persatu perbahasannya? Ya. Barangkali ia ha...

ISU MAHASISWA : Pelajar Perubatan Setuju!

E-mel ini saya terima dua minggu yang lalu. Tetapi, saya simpan dahulu agar kandungannya mampu memberi pencerahan pada ketika ini. Terima kasih kepada pengirim kerana memberikan pandangan dan idea yang bernas terhadap isu yang berlaku sekitar Mesir. Barangkali isu mahasiswa yang belambak di Mesir ini tidak dibincangkan secara ilmiah. Yang 'mereka' mahu bincangkan adalah sejauhmana pemikiran sempit mahasiswa dapat dibahaskan oleh 'mereka'. Saya fikir, ini adalah pemikiran dan luahan seorang mahasiswa perubatan. Emel daripada siswa. ************************************ Saya juga pernah membaca post saudara bertajuk ‘Dasar Terbuka Pendidikan Mesir.’ Tidak dinafikan, pelajar-pelajar perubatan yang senior terkena tempiasnya. Pelajar-pelajar ejen inilah yang banyak membuat ‘kerosakan’ di Mesir ini. Mereka tidak kisah untuk menghisap rokok di kuliah perubatan. Ha, bayangkan pelajar perubatan yang merokok. Satu kombinasi yang langsung tak sesuai. Apabila kami tegur, diherdiknya...

Damanhur : Satu Perjalanan

LAPAN Julai yang lalu, saya diminta mengisi dua kertas kerja di Damanhur. Mengikut perkiraan kasar, sekiranya bertolak daripada bandar Ramses, untuk ke Damanhur hanya memakan masa sekitar dua jam. Perjalanan kali ini saya beria-ia mahu menaiki keretapi. Mungkin sudah bertahun tidak menjamah keretapi apatah lagi saya memilih kerusi kelas kedua berhawa dingin. Perjalanan yang hanya bersendiri mungkin kadangkala membosankan. Tetapi, bukankah perjalanan itu satu peristiwa yang mendewasakan diri. Terima kasih kepada Damanhur yang menjemput untuk membentangkan dua buah kertas kerja iaitu, Protokol Majlis dan Pengendalian Mesyuarat. Buat setakat ini, saya ingin berhenti rehat daripada melunasi tanggungjawab menyampaikan ceramah di luar Kaherah. Ada juga permintaan daripada pihak lain terpaksa saya tundakan kerana memikirkan banyak perkara di Kaherah terutama yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran PMRAM perlu diselesaikan dengan sebaiknya. Hujung minggu ini, satu lagi program PMRAM yang ha...

LAPANGAN TERBANG : Pasar Mahasiswa Malaysia Mesir

TIGA HARI berturut-turut saya bersama teman-teman ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Terminal 3. Oleh sebab penerbangan Egypt Air bertolak dari Kaherah pada jam 4.50 pagi dan musim panas di Mesir memaksa mahasiswa tidak tidur pada waktu malam, kebanyakkan mahasiswa akan bertandang ke lapangan terbang. Biasanya, apabila seorang teman yang akan pulang, mereka akan diiringi oleh lebih 10 orang teman seangkatan. Sebab itu, sepanjang tiga hari saya bertandang ke sana, penerbangan 7 Julai adalah paling padat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Terminal 3 umpama satu program besar-besaran anjuran kerajaan Malaysia. Pada hemat saya, semua acara tersebut adalah semata-mata merapatkan ukhuwah sesama teman-teman, walaupun yang pulang ke Malaysia hanyalah pulang bercuti sahaja. Sungguh! Lapangan terbang laksana 'pasar mahasiswa' dan mungkin sahaja kerusi di dalam penerbangan dipenuhi oleh teman-teman daripada negara sendiri. Selain penerbangan tersebut, barangkali semua ingin m...

SEMINAR KEUSAHAWANAN PMRAM 2009

MAHASISWA DIJEMPUT MENYERTAI PROGRAM SEMINAR KEUSAHAWANAN PMRAM 2009 Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu) Tempat : Dewan Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis

PROGRAM HPA INDUSTRIES BERSAMA PMRAM

Satu program bersama HPA Industries Sdn. Bhd. akan diadakan di Mesir pada hari SABTU, 11 JULAI 2009 Program ini anjuran HPA (Malaysia) Industries Sdn. Bhd. dengan kerjasama PMRAM. Pelbagai peluang perniagaan ditawarkan dan pengenalan sebagai seorang usahawan Muslim. PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!! TERBUKA KEPADA SEMUA!! PELUANG UNTUK MENGENALI PASARAN USAHAWAN MELAYU MUSLIM TERBAIK DI MALAYSIA. Lawati : http://www.hpa.com.my Antara slot menarik : - Asas Pengenalan Perniagaan - Pembiayaan Kewangan - Ekonomi Islam : Cabaran Usahawan Muslim - Forum Makanan Halal KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT : Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd