Langkau ke kandungan utama

Berdosakah Masuk Syurga?

Dua puluh tahun lalu, saya tidak pandai mengaji. Saya tidak tahu mengeja, tidak tahu membaca, dan tidak pula tahu mengira. Tetapi, selepas menerima pendidikan di peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi, saya telah dapat semuanya.
Namun, saya bertanya kepada diri sendiri, sepanjang kehidupan saya ini apakah masih belum sempurna lagi penghijrahan ini. Hakikat, semua kejadian manusia di muka bumi Allah ini tidak sempurna. Lantas, kita perlu berdoa agar ketidaksempurnaan kita digalasi dengan pengharapan dan takut kepada Allah s.w.t.
Saya sudah tahu 2+2=4. Saya juga telah faham A+Y+A+M = AYAM. Namun, jikalau ini adalah sesuatu kesilapan, bantulah saya.
Semenjak berlabuh di tanah gersang ini, banyak perkara baru saya dapat. Jika dahulu, saya mengetahui 2+2 = 4, namun kini saya telah ketahui bahawa orang yang baik dan tidak membuat dosa akan masuk ke dalam syurga. Namun, saya juga yakin syurga atau neraka ketentuan Allah.
Kenapa kita perlu mengharap pada dunia sedangkan setiap minggu khutbah Jumaat di Malaysia kita sudah diingatkan oleh khatib bahawa "dunia adalah tempat tumpangan buat sementara, akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya". Saya tidak lemparkan suatu kesalahan apabila kita perlu beriltizam pada dunia. Namun, biarlah ia sekadar sahaja.
Cakap dengan mulut. Lihat dengan mata. Biar jauh pandangan kita. Jangan cerita membabi-buta. Apapun, kehidupan kita masih jauh. Jangan persoalkan kenapa Islam masih belum dibela kerana masih tiada lagi ulama' yang ingin membela.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)