tag:blogger.com,1999:blog-23653108.post225015099269755862..comments2024-03-27T21:40:00.197+02:00Comments on TARBUS MERAH : Karya Di Mingguan Malaysia - HARI INITarbus Merahhttp://www.blogger.com/profile/11604419984877803864noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-23653108.post-37577521533307504762008-07-13T21:34:00.000+03:002008-07-13T21:34:00.000+03:00Saya tak ada sebab untuk marah walaupun orang tak ...Saya tak ada sebab untuk marah walaupun orang tak setuju dengan manhaj saya. Kerana orang-orang yang tak setuju itu sejak zaman berzaman langsung tak buat apa-apa, padahal saya sudah menunggu entah berapa zaman dan masa.

Kedua, sebenarnya, kita sudah banyak tasamuh dengan orang yang tak menulis, tapi mahu ikut serta. Itu terjadi dalam kelap sejak bertahun-tahun. Mereka yang tak bawa hasil apa-apa pun boleh dengar dan ikut. Apa salahnya mencuba manhaj yang baru, tanpa perlu menghukum baik buruknya terlebih dahulu, betul tak?

Ketiga, kalau saya tak dikhabarkan berita yang palsu, dulu Nazmi Yaakub pun buat yang sama - hanya yang menulis saja boleh ikut.

Keempat, kalau pun cara ini tak memberi peluang kepada semua, dan hanya memberi peluang kepada yang membawa karya, bukankah KELAP yang bakal diadakan awal bulan 8 ini (dengar khabrnya) akan memberi peluang kepada semua, termasuk yang ada karya dan tiada?

Kelima, kita tak mengetahui manhaj mana paling baik, selagi tak mencubanya. Lagipun tiada jaminan dan kepastian bahawa salah satu lebih baik daripada yang lain. Katakanlah, kedua-duanya mempunyai kebaikan, lalu kenapa kita tak mahu mencuba kedua-duanya? Bukankah kebaikan itu berganda? Katakanlah kebaikan kedua-dua manhaj membawa kesan berlainan, bukankah usaha saya telah memaksimumkan jumlah kebaikan yang boleh dicapai?

Atau ada sesiapa berani kata kepada saya, bahawa manhaj saya membawa keburukan. Kalau ia benar membawa keburukan, nyatakan, dan saya boleh tarik balik semua usaha saya.MZPhttps://www.blogger.com/profile/06057847504967089679noreply@blogger.com