Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, February 02, 2015

HALA TUJU SELEPAS STAM 2014

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dikeluarkan pada Januari 2015. Alhamdulillah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan cemerlang sama ada MUMTAZ, JAYYID JIDDAN, JAYYID, MAQBUL atau sebagainya.

Teringat juga saya sewaktu menerima keputusan STAM sepuluh tahun yang lalu. Begitulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Keputusan sudah keluar, pihak ILMAM Malaysia (Likes Ilmam Malaysia) telah memaklumkan bahawa sebarang maklumat untuk ke bumi Mesir bagi lepasan STAM akan dimaklumkan oleh mereka. Insya-Allah, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak kami menghantar mahasiswa ke bumi Mesir dan alhamdulillah semua berjalan dengan sempurna.

BAGAIMANA MEMOHON KE MESIR

(1) Dapatkan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang kemasukan ke bumi Mesir. (taklimat ini ILMAM akan maklumkan kepada kalian)

(2) Perkasakan bahasa Arab supaya urusan pendidikan berjalan dengan baik

(3) Banyakkan menyelidik segala maklumat berkenaan dengan bumi Mesir dan sekitarnya. (bagi ibu bapa yang amat risau tentang situasi politik Mesir, insya-Allah semuanya baik.)

BAGAIMANA MEMILIH PENGAJIAN

(1) Sehingga waktu ini; pengajian di bumi Mesir terdiri daripada

- Ijazah Sarjana Muda Syariah
- Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
- Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Lughah)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Dirasat Islamiah

(2) Bagi fakulti perubatan, ILMAM akan memaklumkan dari semasa ke semasa maklumat terbaharu.