Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, January 28, 2013

2013 : Masa Hadapan Yang Baharu

SAYA memulakan catatan ini dengan menyatakan syukur kepada Tuhan yang Maha Berkuasa di atas nikmat dan kurnia-Nya.

Menutup tirai 2012 sebenarnya, satu kegembiraan terhadap diri sendiri kerana karya saya, Cerpen Bukan Yatim Gaza terbit di akhbar Mingguan Malaysia pada 30 Disember 2012. Ini juga memberi peluang karya ini   berkongsi penilaian untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012. Bukan niat untuk mengungguli anugerah tetapi sekurang-kurangnya akan dinilai.

Dalam masa yang sama - terima kasih kepada pihak pengurusan IKIM terutama Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah IKIM dan Pengarah Radio IKIMfm yang mengutus ucapan tahniah di atas penerbitan karya ini. Saya sungguh terharu menerima nota penghargaan daripada Pejabat Ketua Pengarah.

Kedua, tahun ini juga beberapa pembaharuan akan berlaku terhadap diri sendiri. Selepas tawaran kemasukan ke Universiti Malaya untuk menuntut di dalam bidang Sarjana diterima; saya terasa seperti semuanya Allah telah tetapkan.

Januari, bulan yang kerap saya ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya kerana perlu bertemu dengan Pemangku Pengarah Akademi sendiri iaitu Prof Dato Dr Zulkifli Mohd Yusoff. Dalam sela-sela masa tersebut, dapat juga saya menekuni dunia perjalanan kesarjanaan ini.

Hari ini, setelah apa yang yang diperaturkan kepada saya; doa dan harapan saya moga dapat terus berkhidmat untuk keluarga radio IKIMfm hendaknya.

Dalam masa yang sama, berbakti pada dunia ilmu sendiri. Insya-Allah saya akan meneruskan bidang sarjana di dalam pengkhususan Dakwah dan Pembangunan Insan lapangan sastera dan penyiaran. Fokus saya lebih tertumpu penulisan skrip dakwah berunsur Islam dalam konteks drama radio di IKIMfm. Insya-Allah doakan saya.

Terima kasih juga di atas kesudian pihak yang bakal menaja pengajian saya sepanjang menuntut di dalam bidang Sarjana ini. 

Tahun 2013 juga adalah tahun penantian - adakah DJ Syafiq akan berkahwin? Hahaha...

Lari (Y)