Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Dua Tahun Meladeni Dunia Penyiaran

Dua Tahun Meladeni Dunia Penyiaran Sedar atau tidak, sehingga tarikh ini, saya sudah dua puluh lima bulan atau lebih tepatnya dua tahun satu bulan meladeni dunia penyiaran. Saya bermula dari sebuah penyiaran televisyen di Al-Hijrah Media Corporation selama 16 bulan dan kini berada di radio IKIMfm selama 9 bulan. Berbicara dua puluh lima bulan tidak sama tentunya dengan dua puluh lima tahun. Jika bertanya kepada saya, sepanjang saya menjadi pengacara ini, siapa sahaja yang pernah saya bertemu, tentu tidak tercatat kerana pelbagai kelas dan kedudukan manusia saya bertemu. Ada Perdana Menteri, dan timbalannya. Ada juga artis, pelakon, pelawak dan macam-macam lagi. Perkara yang menjadi keutamaan di dalam hidup saya adalah, insan yang pernah saya ketemu adalah idola di dalam perjalanan hidup saya. Jika ditanya, siapa pengacara yang amat saya kagumi tentunya Aznil Hj Nawawi. Dan, jika saya imbas sekejap - pengacara daripada Singapura tentunya Su