Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Pecutan Untuk 3 Bulan Terakhir

MASA bergerak pantas. Dua ribu dua belas akan berakhir. Apakah pecutan yang wajar dilakukan di dalam sela masa tiga bulan ini. Pertama, tiga sayembara utama sedang berentap di landasannya. Bermula Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan tidak ketinggalan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Apa lagi yang ingin difikirkan selain daripada menggenggam seluruh semangat untuk mengisi kekosongan itu. Ayuh berlari!

Keputusan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011

Tahniah kepada semua pemenang. Tiga orang wanita kuasai hadiah utama bagi HSKU 2011. KEPUTUSAN RASMI HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2011 Kategori Novel Remaja Pertama : Deru Angin di Kuala Perlis, Hafizah Iszahanid Kedua : Waris Pejuang, Ruhaini Matdarin Ketiga : Rimba Jiwa, Sri Rahayu Mohd Yusop Kategori Cerpen Remaja Hadiah Utama Bakau Tetap Teguh, Dayangku Mastura Mingguan Malaysia, 17 April 2011 Talia dan Raksasa Qadqad, Zaniffa Azzura Abdullah Mingguan Malaysia, 20 Mac 2011 Tukang Sejarah, Husna Nazri Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2011 Hadiah Penghargaan Banjir di Mata Emak, Che Soo Ismail Mingguan Malaysia, 23 Januari 2011 Cerita Akhir Tahun, Zainal Rashid Ahmad Harmoni, 1 Disember 2011 Harum Kasih Daun Lirik, Dayangku Mastura Wanita, April 2011 Kalbu Adam di Tahun Baru, Husna Nazri Mingguan Malaysia, 11 Disember 2011 Kuih Bakul Limau Mandarin, Mohd Helmi Ahmad Mingguan Malaysia, 1 Februari 2011 Menuai Emas, Salina Ibrahim Mingguan Malays

Sebulan Tidak Menulis : Siapa Yang Mahu Membaca?

Tajuk utama blog ini selepas sebulan mungkin terasa tercabar kepada diri sendiri. Namun, saya berbangga kerana biarpun saya meninggalkan dunia blog sementara tetapi saya sibuk menguruskan kerja-kerja kehidupan part time yang lain. Alkisah, saya menulis catatan blog ini selepas berkunjung kedua-dua buah institusi yang pernah saya bertugas. Kira-kira hampir dua minggu lalu, saya ke PTS Media Group selepas 2 tahun meninggalkan PTS. Pagi ini, selepas enam bulan meninggalkan TVAlhijrah, saya menjejakkan kaki. Argh, orang mengatakan sirih pulang ke gagang. Namun, saya perlu mempercayai diri sendiri apabila dapat kembali kedua-dua buah institusi pekerjaan yang pernah saya hadapi selepas 3 tahun lalu menamatkan pengajian dari Universiti Al-Azhar, Kaherah. (2) Pembaca yang budiman,  Saya tidak menulis bukan bermakna saya terlalu sibuk. Namun, saya perlu membahagi-bahagikan masa. Pertama, kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran tempat kerja saya sendiri (IKIMfm). Saya be