Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Syawal Ini, Dia Kembali Seperti Dahulu

MENYOROT tiang masa lalu tentu tidak sama dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sesekali, teringatkan kisah lima tahun yang lalu apabila diajari di dalam sebuah bengkel. Tahun ini, ingatan itu kembali menjelma. Dan, kenangan akan diulangi lagi. September 2012 segalanya akan menemui keputusannya. Saya bersama rakan-rakan daripada Grup Karyawan Luar Negara akan berpesta di Port Diskson. Terima kasih salam dihulur buat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang mengizinkan saya menyertai. Namun, dari satu sisi berbeza - harus mengisi ruang kosong itu dengan karya terbaharu. Apa agaknya yang akan dihidangkan buat bengkel kali ini. Insya-Allah nanti sama-sama ditunggu. Syawal ini, Dia akan kembali seperti dahulu kerana mengarang dan terus menulis apa yang terbaharu. Malah, difikirkan skrip drama yang bermutu untuk dipentaskan di hadapan khalayak. Mengupas semangat lebaran. Pasti!

27 Tahun Mengenal Pencipta

UCAPAN KERAMAT "Happy Birthday" atau dalam bahasa Melayunya Selamat Hari Jadi menjadi tema cerita pada 8 Ogos 2012 ini. Syukur di atas rahmat dan kasih sayang Ilahi kerana mengizinkan saya mendekatkan diri pada-Nya. Lebih istimewa, tarikh keramat ini juga di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan Ramadan. Bak kata pepatah, semakin meningkatnya usia, semakin berkurangnya masa kita di dunia. Allahuakbar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang berkirim ucapan di dalam kantung Facebook saya pada hari ini. Jumlahnya lebih kurang 299 orang penghantar mesej. Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab satu persatu kerana tiada kekuatan untuk berbuat demikian. Saya sebagai seorang insan yang lemah- namun berbangga kerana teman-teman mengingati saya. Dua puluh tujuh tahun saya mengenal pencipta. Istimewanya, tahun ini ulangtahun diraikan selepas saya bergelar Tuan Haji Syafiq Zulakifli. Alhamdulillah, dalam usia semuda ini, tiada pernah terfik

Hukum Jana Wang Melalui Internet

HUKUM JANA WANG MELALUI INTERNET Apabila berbicara soal hukum, saya lebih berhati-hati kerana perkara ini mungkin menjadi perbahasan panjang di kalangan sebahagian pembaca blog saya.  Dalam perkembangan teknologi yang terus meningkat di samping alam maya menjadi salah satu daripada perkara penting dalam urusan setiap manusia, maka tidak boleh tidak setiap daripada individu akan menghadapi persoalan ini. Hukum berkenaan login di Facebook serta mendapat duit berganda-ganda tentu menjadi pertanyaan di minda kita. Paling menjadi perbahasan adalah hukum meletakkan Nuffnang dan Adsense Google yang pastinya lebih kepada menjana keuntungan dengan promosikan bahan daripada orang lain. Saudara yang budiman, Harus difahami, sesuatu hukum itu pada asalnya adalah harus, namun ia akan berubah kepada wajib, haram, makruh dan seterusnya disebabkan permasalahan yang tertentu. Ada orang bertanya, "Ustaz, klik saja dapat duit. Apa hukumnya?" Izinkan saya ulangi bahaw