Posts

Showing posts from April, 2012

Cerpen : Bila Tok Wan Bersuara

ENTAH apa yang mendukacitakannya, Dia tidak tahu. Sejak semalam Tok Wan membundarkan penglihatannya ke mercu KLCC. Tinggi agam megah menara yang diasiosasikan sejak pemerintahan Perdana Menteri Malaysia keempat dilihat dengan wajah sugul. Kali ini, Dia nampak benar Tok Wan memerhati dengan wajah pucat dan merah. Ada jawapan yang belum terjawab barangkali, getus Dia dihati.
Dia merenung dalam-dalam maksud tersurat tersirat. Mahu menyapa; namun kekhuatiran itu melanda diri sendiri. Jeda.  Tidak berani menyuakan sedikit bicara. Dia betah menjenguk daripada kamar peribadi sahaja,
“Dulu, kampung ini aman. Tiada suara hangit dan hingar. Orang tahu berbudi dan berbahasa. Sekarang, apa sudah jadi?” Tok Wan tiba-tiba bersuara.
Dia mendekati Tok Wan di laman tamu. Kaca televisyen yang tadi merakam lakon Ashraf Muslim, Aaron Aziz dan Liyana Jasmey ditukar tiba-tiba.
”Engkau tengok Yaya, jurukamera TV itu cedera dipukul penyokong yang taksub. Mengapa Yaya? Ini generasi kamu Yaya. Kawan-kawan kam…

Kisah Saya

Saya sebenarnya sudah lama perasan blog ini. Blog ini menceritakan tentang saya. Terima kasih kepada pengarangnya. Apapun, hidup ini tidak bahagia selain daripada doa dan kasih sayang restu ayah bonda.

http://salamborneo.blogspot.com/2011/10/menabung-30sen-akhirnya-ke-mekah.html

Luahan Rasa

Apa khabar April. Bukan Bunga April, tetapi bulan April yang berlalu dengan pantas. Tidak sempat menghabiskan gaji bulan Mac, gaji bulan April sudah terima. Aduh, cepatnya masa berlalu.
April terasa laju berjalan. 
Memulakan destinasi sejak awal April (akhir Mac) apabila bertugas di Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bahru, Johor - kemudian langsung ke bumi Kundasang, Sabah pada pertengahan bulan April.
Sedar tidak sedar, minggu berikutnya saya berada di Janda Baik, Pahang dan akhiri perjalanan untuk ke Seremban, Negeri Sembilan.
Masa berlalu dengan pantas. 
Petang ini, saya membuka buku diari saya. Ah! Betapa terperanjatnya saya melihat diari saya penuh untuk semua hujung minggu.
Minggu ini ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur sementara minggu hadapan ke program di Bandar Baru Bangi. Minggu lagi satu ke Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur (Hari Ibu). Kemudian, pada minggu berikutnya ke Hotel Grand Bluewave, Shah Alam (Hari Ibu). Akhir bulan Mei pula saya berada di Shah Alam untuk program ber…