Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, December 28, 2011

JADUAL TERKINI

SEBELUM ramai teman-teman yang bakal tidak dapat bertemu saya beberapa hari ini, saya catatkan sahaja perjalanan hidup saya untuk beberapa hari ini. Ada kemungkinan juga saya tidak memuat turun apa-apa bahan di sini...

29 Disember (Khamis)

8.25 pagi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
9.30 pagi Lapangan Terbang Terminal LCCT
11.00 pagi Dijangka tiba di Pantai Dalam, KL
3.00 petang Mesyuarat Syafiq Zulakifli Art & Consultancy di Hotel De Palma, Ampang
4.00 petang Pertemuan dengan panel pemikir SZAC
8.00 malam Dewan Bahasa & Pustaka bersama latihan pementasan teater
11.00 malam Hotel De Palma, Ampang - Rehat

30 Disember (Jumaat)

8.00 pagi Mesyuarat sidang Syafiq Zulakifli Art & Consultancy di Hotel De Palma
11.00 pagi Siap untuk pulang
1.00 petang Solat Jumaat
4.00 petang Pertemuan bersama Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS, Ainon Mohd
8.00 malam Sri Pentas TV3 LIVE Buletin UTAMA
9.30 malam Kunjungan Mahabbah bersama petugas media Tabung Haji di Damansara

31 Disember (Sabtu)

10.00 pagi Hospital Pusrawi untuk MEDICAL CHECK UP
12.00 tgh RUMAH PENA untuk program Dialog Orang Muda
3.00 petang Borak Buku di Coffee Been - KL Sentral bersama Dato Baharuddin Zainal
6.00 petang Karnival MAHABBAH - IKIM FM (Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta)
8.00 malam Mesyuarat bersama SZAC di DBP

1 Januari (Ahad)

10.00 pagi Pelancaran laman web dan rangkaian nizal.com bersama Nizal Mohammad di Menara Kuala Lumpur.

REHAT...

Tuesday, December 27, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

SEPERTI yang saya catatkan di dalam FB, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada 33 orang teman yang hadir ke Hospital Pusrawi baru-baru ini sewaktu lapan hari saya menjalani pembedahan di tekak akibat 'tonsilitis'.

Pertama, merangkap doktor peribadi; Dr Fauzan Shahrawi (beliau adalah pakcik saya seumur). Dia adalah insan pertama bersungguh-sungguh yang ingin saya dibawa ke hospital.

Kedua, terima kasih kepada teman akrab yang saya anggap abang, Saudara Zeifry Ibrahim, P.A. kepada YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menjadi tetamu awal. Beliau sanggup meninggalkan tugas bersama YB dalam celah-celah keripuhan. 10 Januari ini adalah ulangtahun YB Khairy Jamaludin (KJ). Apa agaknya yang mampu saya korbankan untuk YB?

Ketiga, Ustaz Don Daniyal yang sudah menempa nama di persada penyiaran TVAlhijrah, yang sanggup hadir ke hospital jam 12 tengah malam selepas siaran langsung 30Minit Ustaz Don bersama Ustaz Taha Hassan (anak Dato Hassan Al-Azhari).

Keempat, ucapan penghargaan teman-teman radio IKIM FM, Kak Nik Hasnah Ismail.

Kelima, saya amat terharu menerima panggilan hormat daripada Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Juanda Jaya sanggup menghubungi saya dari Sarawak semata-mata bertanya khabar.

Keenam, segunung limpah kurnia daripada teman baik saya di TV3, Hj Mohd Izwan Azir Saleh, pembaca berita yang sentiasa bertanya khabar kepada saya malah memberikan mesej-mesej yang menguatkan saya sepanjang saya berada di hospital.

Ketujuh, sahabat penyiaran Amin Idris; tokoh dan mentor saya yang paling istimewa di dalam hidup. Biarpun beliau amat berdukacita di atas pemergian adinda, tetapi beliau gagah dan tabah di dalam mengharungi hidup. Tahniah Amin Idris.

Kelapan, bonda Puan Ainon Mohd yang sentiasa mengikuti perkembangan peribadi saya di dalam kerjaya biarpun saya sudah tidak bersama PTS.

Bukan terakhir, tetapi termahal adalah kedua ibu bapa saya yang sanggup meninggalkan tugas di Johor semata-mata menjaga anaknya sepanjang saya berada 8 hari di hospital.

Saya hanya mampu menyenaraikan teman-teman lain seperti di bawah. Mohon maaf kerana tiada ucapan khas.

Fauzan Shahrawi
Zai
Zeifry (PA YB Khairy Jamaludin)
Teman Zeifry
Amaluddin Arshad
Amna Faisal
Firdaus Samad (rakan serumah yang sanggup bawa apa sahaja kehendak saya)
Mahyudin Musa
Zainal Rashid Ahmad (Pengurus Besar Dokumentari dan Majalah TVAlhijrah)
Syafinah Othman
Nadzirah
Aimi
Afif
Abang Zuhaimi
Mak Ngah
Anak Abang Zuhaimi
Fariz Firdaus
Amirul
Encik Designer di PTS Darul Furqan
Hjh Nik Hasnah Ismail
Hj Fadzlishah
Shahdan (YDP Badan Kebajikan Pelajar Melaka Mesir)
Isteri Ustaz Malik (Akademi Quran)
PR Hospital Pusrawi
Ustaz Don Daniyal
Ustaz Tahasan
Abang Ayie
Zayrul Iqwan
Cikgu Rosli
Juwita
Kak Liza
Naim Hashim (pembaca berita radio Suria FM dan suara latar Astro Warna)
Faizal

Terima kasih juga kepada yang sanggup menghubungi saya dan menyampai salam maklum melalui FB....kalian amat istimewa.

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

(Maaf jika ada yang tiada dalam senarai ini)

Monday, December 26, 2011

Bercinta Dalam Rahsia

Semasa sesi latihan terakhir sebelum penyiaran rancangan kali pertama saya di dalam medium Astro pada 1 Jun 2011 yang lalu. Dari kiri, Irma Hasmie, Amin Idris, penulis dan Mahyudin Musa

ENTAH mengapa saya mahu menulis tulisan ini. Disebabkan saya fikir 2011 akan melabuhkan tirai di samping ada cerita-cerita yang boleh dijadikan panduan bersama, inilah catatan penting saya.

Berkenalan dengan Meera Edora (bukan nama sebenar)

Saya mengenali Meera Edora pada bulan Ogos 2010. Itulah sejarah yang saya masih ingat. Lokasi pertemuan kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau adalah kakak kepada salah seorang mahasiswa Al-Azhar, Mesir.

Berkenalan di dalam diam tanpa pengetahuan sesiapa. Namun, adik beliau yang menjadi perantara. Saya kerap juga ke rumah Meera Edora di Pasir Gudang kerana bertemu adik beliau yang saya anggap adik sendiri.

Dalam perjalanan panjang itu, saya berkenalan dengan emak dan ayah Meera Edora. Perkenalan itu juga dimulakan oleh adik beliau sendiri.

Masa berlalu dan waktu berganti-ganti. Entah mengapa, perhubungan kami berlaku secara sulit dan barangkali adik Meera Edora sebagai jalan tengah (macam bait Muslim...hahahahaha)

Komunikasi kami terbatas. Dan, atas sebab keripuhan saya menjalankan tugas di stesen televisyen, maka peluang berhubung terbatas.

Gadai nyawa

Satu waktu yang tidak terduga - Mesir kelam-kabut. Mahasiswa Mesir dibenarkan pulang ke Malaysia. Maka, saya dapat bertemu dengan adik beliau di Johor Bahru, malah sanggup menerima balasan dimarahi bos kerana cuti tanpa pengetahuan semata-mata mahu membawa adinda beliau ke Kuala Lumpur.

Mulai saat itu, saya gagah tidak mengambil cuti lagi sehingga hari ini. Ya! Pada saat ini cuti tahunan saya masih belum terusik ditambah cuti berdozen-dozen tidak berbalas oleh HR.

Perkara itu bukan menjadi masalah kepada saya. Dan, saya tahu saya perlu kuat bekerja. Saya biarkan sahaja....

Dan, selang beberapa hari, ditakdirkan Meera Edora mahu bertemu dengan adiknya di Kuala Lumpur. Ya. Adik beliau bersama-sama dengan saya. Akhirnya, itulah pertemuan kali pertama di Kuala Lumpur.

Disebabkan ibunda mereka saya kenali, maka tiada masalah saya menjaga anak-anak mereka di Kuala Lumpur.

Oh, dalam hujan lebat di Masjid Kampung Baru, medan itu yang mengajar saya erti sebuah pengorbanan. Malah, rasa bertanggungjawab menjaga anak-anak beliau di Kuala Lumpur termasuk Meera Edora.

Malam pertama

Malamnya - buat kali pertama saya makan bersama-sama dengan adik-beradiknya di Selayang Baru. Syukur, saya tidak pernah keluar berdua kecuali dengan mahram!

Waktu yang dilalui adalah anugerah buat saya. Hampir keseluruhan adik-beradiknya mengenali saya.

Hinggalah suatu ketika - tanpa sedar saya bermesej dengan adik beliau secara "bergurau" dengan menyatakan saya akan berkahwin tetapi bukan dengan kakak kamu.

Waktu itulah saat yang terang - pudar sepudar-pudarnya sehingga Meera Edora memang beranggapan saya mempunyai insan lain. Argh! Kesilapan komunikasi membawa padah di dalam diri saya sendiri sehingga mesej daripada ibunda beliau saya terima - malah mahukan penjelasan sedangkan saya tiada jawapan apa-apa.

Saya anggap semuanya berkecai, biarpun bercinta dalam rahsia.

Parah!


Sunday, December 25, 2011

Ayahanda Azizi : Mengenang Sebuah E-mel


ENTAH mengapa saya memilih membeli buku ini. Saya tahu, jika saya beli di kedai buku PTS sendiri; saya akan mendapat diskaun lebih murah berbanding membeli di kedai pasaran.

Sedih. Itulah kalimah yang dapat diungkapkan tatkala melihat tulisan dan catatan teman saya Ustaz Rohidzir Rais yang memukadimahkan penulisan novel ini. Saya jadi tidak keruan mengenangkan Allahyarham.

Bos saya, Zainal Rashid Ahmad juga menulis tentang Allahyarham Cikgu Azizi Abdullah. Tulisan beliau tersiar di Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2011 yang lalu.

Saya salinkan sedikit :

Pulangnya seorang sasterawan rakyat

AZIZI Hj. Abdullah akan sentiasa dikenang sebagai sasterawan besar, meskipun selama hayatnya tidak menerima Anugerah Sasterawan Negara. Sejarah membuktikan, kehebatan seorang sasterawan sejati bukan terletak pada anugerah - namun sebaliknya, sejauh mana karya-karyanya mampu terus "hidup" merentas zaman ke zaman.

Azizi akan dikenang dengan susuk karyanya yang sangat merakyat - bermula dari cerpen Sisa yang disiarkan di Warta Mingguan, Pulau Pinang, Azizi terus menulis dan menulis hingga merentas 48 tahun - hingga saat pemergiannya pada 11 Ogos lalu. Azizi pernah menerima Hadiah Sako tahun 2002 anjuran Kumpulan Utusan menerusi novel Kawin Kawin selain menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi cerpen Cermin (1990) dan cerpen Jati Diri (1995).


Baca lagi di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive

(2)

Dalam manis tawa kehidupan; saya menyelak e-mel saya satu ketika dahulu. E-mel ini saya hantar kepada Allaharyam sewaktu saya berada di Mesir. Entah mengapa saya memilih untuk berkirim e-mel dengan beliau.

Assalamualaikum w.r.b

Semoga cikgu berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Bersama-sama ini saya kirimkan beberapa gambar cikgu semasa di ASWARA.

Tahniah di atas kejayaan Sangheeta di dalam MASTERA ke-5 baru-baru ini. Teruskan usaha cikgu. Kami mendoakan agar cikgu sekalian akan tetap terus menulis demi Islam.

Sedari awal, saya tidak berkesempatan berbual lanjut dengan cikgu ketika di ASWARA. Namun, insya-Allah kesempatan yang lain akan ditunaikan untuk cikgu.

Doakan saya dan kawan-kawan yang sedang bermusafir panjang di ardul-kinanah ini. (Mesir)

Wassalam

SYAFIQ ZULAKIFLI
Penulis Timur Tengah
http://typeace.blogspot.com

Selang beberapa hari, cikgu membalas e-mel saya dengan jawabnya :


Anakanda Syafiq
Terima kasih banyak kerana mengirim gambar saya. Beruntung juga kerana saya tak ada kamera hari tu.Terima kasih kerana beri perhatian tentang penulisan saya.
Ke Timur Tengah? 5-6 tahun dulu adalah. Jumpa dengan pelajar di Azhar. Dah lupa. Mereka semua dah balik.
Saya mendapat tahu, Januari 2008 ada ura-ura nak jemput saya ke Siria, kononnya oleh pelajar di sana. Itu pun baru tanya-tanya saya boleh atau tidak. Kepingin saya nak pergi, kerana saya sayang pelajar aliran agama, sebab bakat orang belajar Arab tinggi.
Tengoklah, kalau ada rezeki, dijemput saya datanglah.
Saya dah lupa Syafiq. Tak ingat dah wajah, maklumlah dah tua.
Syafiq kalau ada bakat, jangan abai. Tulislah.
Kalau ada berita atau artikel tentang Timur Tengah, kirimlah kat saya. Dengan gambar berkenaan. Tak panjang kira-kira 1,000 perkataan. Kalau sesuai saya boleh siar di akhbar Utusan Pengguna di Penang. Saya jadi editor di sini. Beritahu kawan-kawan, artikel Plaestin atau apa-apa. Kirimlah.
Salam baik dan harap maju jaya Syafiq. Salam kepada kawan-kawan dari Ayahanda Azizi Hj Abdullah

Oh, hari ini saya menjamah karya terakhir beliau di dalam hayatnya...MANDALA DUNIA KEDUA.

Saturday, December 24, 2011

2011 : Cerita Cinta Yang Tidak Terduga

Bab Umrah memang nampak terus kaabah

Pasti siap satu telenovela jika saya mengarang apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Yang penting, pelbagai ragam yang saya tempuh. Saya berdewasa di dalam dunia penyiaran pada tahun ini. Saya tiga kali ke luar negara meneruskan tanggungjawab sebagai wartawan penyiaran TVAlhijrah.

Pertama, Singapura. Kedua, Greece dan Pulau Corfu . Ketiga, Arab Saudi (Mekah dan Madinah).

Cukup! 2011 tahun lembaran baru di dalam dunia penyiaran dibuka. Satu persatu yang dirasa. Pelbagai perjalanan hidup yang ditempuh. Yang penting saya cukup puas kerana mengenal erti penyiaran.

Namun, dari sisi berbeza tahun ini juga saya kehilangan teman-teman lama. Tahun ini juga saya kehilangan tempat pergantungan saya di dalam kampus penulisan. Malah, saya khabarkan secara rasmi bahawa hanya 1 cerpen dan 1 puisi sahaja yang terbit di dada akhbar dan majalah.

Ah! Saya cukup terasa dengan perkara tetek bengek ini. Kecewa dengan diri sendiri. Tetapi, saya fikir; sekurang-kurangnya saya sudah berjaya di dalam satu alam.

2011 juga cerita cinta yang amat panjang. Pasti - saya ulang - pasti; jika saya menghasilkan novel dan menyempurnakannya, itulah novel paling laris di pasaran antarabangsa mengalahkan Ombak Rindu yang pecah di dalam dunia tersendiri.

Cinta pada manusia. Cinta pada pencipta. Cinta pada yang Maha Esa. Usia menginjak ke-26 juga adalah sesuatu yang teristimewa kerana saya sudah separuh umur meninggalkan keluarga dan meneruskan hidup sebagai anak rantau.

Ya, saya tidak pernah lelah merasakan bahawa ini keputusan yang silap.

Saya puas kerana berkenalan dengan orang penting di negara termasuk YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Malah, cukup berpuas hati kerana ada teman-teman penting di dalam hidup saya mewarnai perjalanan indah ini.

Dan tahun 2011 membawa saya singgah ke kamar hospital sebanyak dua kali.

Saya tutup cerita 2011.

2012 lebih mencabar. Usia pasti semakin meningkat. Mati pasti semakin mendekat. Entah bila dijadualkan pun, tidak ketahuan.

Apa yang saya fikir; tahun ini adalah tahun saya mencabar diri meletakkan penanda aras sebuah syarikat bernama Syafiq Zulakifli Art & Consultancy. Malah, saya sudah mempersiapkan niat pelbagai untuk meninggalkan dunia kerjaya untuk meneruskan lapangan yang lebih besar.

Namun, biarlah semua bergerak secara terancang. Saya tidak akan mengatur keputusan yang menggagalkan diri sendiri. Semua berlandasan. Yang pasti, saya akan melantik petugas mulai 2012 untuk membantu saya mengendalikan sebuah syarikat kecil ini.

Dari sisi penerbitan, saya sudah mempersiapkan diri untuk menerbitkan beberapa buah buku termasuk sebuah buku yang kini sedang di dalam penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. (ada peluang kaya sekejap. hehehe)

Ramai mahu mengetahui susur perjalanan saya di bumi Mekah dan Madinah baru-baru ini. Insya-Allah, jikalau tiada halangan; saya akan menulis lagi dan dibukukan.

2012 mungkin tahun mengganas juga buat saya!