Pengarang kreatif 'tercekik'
Oleh Nurul Farina Nazlannfarina@bharian.com.my
Benarkah peraturan, sekatan dan akta menakutkan penulis, editor?
DIALOG Orang Muda (Dom) - Kebebasan: Penulis Tercekik? membongkar erti kebebasan sebenar dalam dunia penulisan dan istilah ‘tercekik’ yang sering digambarkan dalam dunia penulisan di negara ini.
Seramai 40 peserta dialog anjuran Biro Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Rumah Pena, Kuala Lumpur, baru-baru ini, bermatlamat mengumpul agenda sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011. Tutor Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Mohd Ali Atan, berkata penulis perlu mengenal diri-sendiri dalam menghasilkan karya terbaik dan boleh menggunakan konsep ‘mesyuarah’ dalam Islam bagi membolehkan pendapat sesuatu perkara dilontarkan.
“Ada kelompok penulis yang terpengaruh dengan konsep kebebasan dari Barat sedangkan sebenarnya aspek terbabit sudah ada di Malaysia, tetapi yang membezakannya ialah pelaksanaann…