Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, March 13, 2010

Wajarkah PTS Membuka Lombong Seni?

PAGI SEMALAM, saya, Ustaz Rohidzir, dan Ustaz Wan Zuhairi (wanzu) dipanggil menghadap Tuan Arief Hakim Sani Rahmat (CEO PTS) bagi membincangkan hukum muzik di dalam Islam. Kami bertiga adalah di antara tiga orang graduan Universiti Al-Azhar yang bertugas di PTS. Walaupun demikian, kami bertiga tidak berada di dalam unit yang sama.

Ustaz Rohidzir berada di PTS Islamika yang menguruskan buku-buku Islamik, Ustaz Wan Zuhairi bertugas di PTS Millennia di Unit Komik dan saya pula mengurus judul-judul buku sastera jantan.

Di dalam pertemuan tertutup tersebut, kami memberikan pandangan dari sisi agama sekiranya PTS mahu menyelongkar bidang seni (muzik). Hal ehwal ini adalah berikutan PTS dipelawa bagi menjual CD / VCD muzik dari salah satu organisasi.

Perbincangan awal itu tidak memberi apa-apa kata putus kerana Pengurus Besar hanya mahu mendengar perbahasan kami.

Persoalannya, wajarkah PTS membongkar lombong seni ini?


1 comment:

mrmn said...

Salam wbt

Pendapat ringkas, adalah tidak wajar. PTS wajar lebih fokus kepada bidang penerbitan penulisan. PTS wajar dikenali , dengan hasil kreatif bahan bacaan. Jika lombong seni cuba untuk di selongkar, pastinya ruang fokus akan lebih luas dan tidak menumpu. Namun, di satu pihak ruang dakwah semakin terbuka.

Aspek positifnya, mungkin boleh gerakkan tour de nasyid bersama PTS. Baca buku sambil berhibur. Membaca ; satu hiburan.

Sekadar pendapat.