Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, March 16, 2010

Tarbiah dan Kepimpinan

ADA TEMAN saya berdentam-dentum sibuk menghentam parti. Mereka sanggup melaga-lagakan ahli parti. Mereka tidak duduk di dalam parti tetapi berani sibuk menghukum sini dan sana.

Paling ketara adalah isu YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi.

Oleh sebab kita perlu ditarbiah dan mendengar kepimpinan berbicara dengan tulus, wajarlah kita menghadiri dan mendengar sendiri secara dekat. Usah tuduh-menuduh tidak tentu hala.

Akhir-akhir ini, semua akhbar tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang sudah tidak releven dibaca. Berita-berita semuanya palsu.

Apabila kita sendiri mendengar pemimpin berbicara, perkara tersebut lebih telus dan tepat.

Tambahan :

Baru-baru ini saya bertemu dengan YB Zulkifli Noordin. Selamat YB jadi ahli Parlimen BEBAS.


No comments: