Langkau ke kandungan utama

Perginya Seorang Ulama Dunia

Program terakhir di hadapan Allahyarham


Syeikh Besar Al-Azhar, Syeikh Dr Muhammad Sayyed Tantawi wafat ketika berusia 82 tahun. Al- Fatihah.

ALANGKAH terkejutnya saya apabila mendapat khabar Fadilatus Syeikh Dr Mohamad Sayyed Tantawi yang merupakan Imam Akbar, Al-Azhar As-Syarif pergi menghadap Ilahi.

Hati saya berkali-kali bergetar. Bulu roma naik satu badan tatkala mendengar pengumuman yang sama di Buletin Utama di TV3 malam tadi. Aduhai...Betapa dunia kehilangan seorang ulama.

Ulama pewaris nabi. Hilangnya ulama, maka semakin jauh kita dengan nabi. Saya banyak kali merasakan bahawa saya terlalu jauh dengan ulama pada waktu ini. Namun, segalanya dapat saya hadapi dengan tenang apabila saya kini terus istiqamah bersama kumpulan ulama.

Kali terakhir dapat bersua dengan Allahyarham sewaktu pengumuman anak bulan Ramadan tahun lalu. Sekitar bulan Ogos. Hari ini, beliau telah pergi menghadap Ilahi.

Saya amat gemar membeli Majalah Al-Azhar setiap bulan. Harga tidak seperti majalah-majalah kita di Malaysia. Harganya cuma LE1.50. Tetapi kepadatan ilmu cukup tinggi.

Biasanya saya akan membaca ruangan Tafsir Al-Quran tulisan dan karya Syeikh Dr Mohammad Sayyed Tantawi. Namun, selepas pulang dari Mesir; saya tidak dapat lagi menyelak lembar-lembar majalah itu.

Yang pergi tetap pergi...kita pula bila lagi?

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Kita menyusul....

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)