Langkau ke kandungan utama

Merakyatkan Selangor




SEMALAM 8 Mac 2010. Dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Tarikh yang sama juga kemenangan buat rakyat negeri Kedah, Kelantan, dan Perak (sepatutnya) apabila mereka telah membuat keputusan yang tepat.

Saya menghadiri program bersama rakyat pada hari semalam. Program yang diadakan ini bagi menyambut ulang tahun ke-2 bagi kerajaan YAB Tan Sri Datuk Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor.

Pemimpin yang berucap semalam adalah YB Teresa Kok, YB Azmin Ali, YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali, YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dan YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Stadium Malawati Shah Alam penuh sesak dengan kehadiran rakyat negeri Selangor yang saya fikir mereka adalah penyokong parti dan rakyat (masyarakat umum).

Tetapi, daripada sudut yang lain, saya menyaksikan bahawa yang hadir ke dalam program adalah rakyat yang mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab sebagai anak negeri. Sekalung tahniah buat kerajaan negeri Selangor yang sanggup mengadakan program ini.

Pelbagai pembaharuan dimaklumkan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat dalam jangka masa dua tahun kebelakangan ini. Penafian akhbar arus perdana yang sekarang ini sudah wajib dibakulsampahkan sahaja mencerminkan negara Malaysia bukan lagi negara yang benar-benar aman.

Kuasa di tangan rakyat. Apa akan jadi pada PRU ke-13. Tunggu....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)