Apabila siren muktamar dilaungkan, pastinya debaran demi debaran dirasai. Paling menggerunkan adalah mereka yang akan meninggalkan pentas pentadbiran. Adakah amanah telah tertunai, adalah menjadi hamba pentadbiran sudah terlaksana dan segalanya dirakam di dalam memori.
Tahun ini, calon kepimpinan dijangka akan bertanding bagi merebut kerusi kepimpinan. Pada hemat saya, siapa juga yang bakal menang nanti bukan masalah. Tetapi, siapa yang akan memegang kerusi kepimpinan itu sanggupkah memegang amanah yang berat ini.
Tuan-tuan perlu sabar menghadapi cabaran pertama iaitu dilabel pembangkang oleh pihak-pihak kanan. Sanggup juga menghadapi caci maki ahli dan lain-lain. Semua ini adalah lumrah.
Apa juga tafsirannya, moga muktamar kali ini akan lebih bermakna.
Persoalannya, siapakah Badan Pengurus PMRAM yang wajar dikekalkan?
Ulasan