Langkau ke kandungan utama

Mencari Tuhan


SAAT-SAAT akhir di dunia ini, biarlah kita mencari Tuhan. Biarlah kita dipilih sebagai hamba Allah yang tahu betapa perjuangan menegakkan daulah Islamiah itu benar. Khilafah Islamiah sudah tumbang pada tahun 1924. Tatkala itu, airmata sahaja yang berlinangan meratapi pemergian sebuah daulah.

Hari ini, PAS bukan berjuang kerana mementingkan politik semata-mata. Tetapi, apa yang lebih penting PAS memperjuangkan hak agama Islam dan daulah Islamiah serta dakwah Islam itu dijalankan dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, UKJ Dun Gombak Setia menjalankan misi dakwah bermotorsikal di sekitar kawasan DUN. Gambar di atas adalah slot di mana sebelum misi dakwah bermula saya ditugaskan membaca doa keselamatan bagi memohon nusrah Allah agar perjalanan diberikan bantuan.

Program tamat sekitar jam 11.00 malam. Ada suka dan duka yang kami lalui. Ada berita gembira dan sedih yang kami dengar dari rakyat sekeliling.

Paling memberikan tamparan adalah persoalan ini :

"Apakah pemuda PAS lakukan untuk membentuk sahsiah anak-anak muda hari ini."

Kami akur, siapalah kami yang hanya berjuang tidak bermati-matian. Tetapi, jikalau kami mati, moga-moga ini adalah usaha yang kami mahu bekal bersama di kubur dan akhirat nanti.

Ini adalah jalan ke syurga kami.

Siapa lagi mahu membantu kerja dakwah ini jika bukan kami pejuang agama Islam.




Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Bagusnya....

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)