Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, March 08, 2010

Hari Ini 8 Mac

DUA tahun berlalu dengan begitu pantas. Saya masih ingat lagi, sewaktu tarikh ini dua tahun yang lalu, saya di Mesir. Saya bersama kepimpinan PMRAM mengadakan mesyuarat Badan Pengurus PMRAM bagi membincangkan struktur organisasi terkini pentadbiran.

Tarikh yang sama dua tahun lalu, kami merombak PMRAM dengan mewujudkan tiga orang naib presiden. Kami merombak beberapa jawatan untuk digunakan pada tahun pentadbiran 2008.

Waktu itu, saya jadi tidak tentu arah. Siapalah yang akan memegang kuasa memerintah kerajaan Malaysia. Mesyuarat bermula jam 9 pagi hingga lewat jam 2 petang. Aduh, betapa gelisahnya hati.

Salah seorang penasihat PMRAM masuk ke kamar mesyuarat pada jam 11 pagi dan memaklumkan Pulau Pinang sudah menang. Kemudian, katanya Kedah tinggal beberapa kerusi sahaja untuk dirampas.

Saya sudah jadi manusia luar biasa pada waktu itu.

Selepas tamat mesyuarat, saya pulang ke pejabat dan seperti biasa saya duduk di hadapan komputer riba dan terpaksa meng-refresh internet setiap saat untuk mengetahui perkembangan sesama politik negara.

Keputusan demi keputusan diumumkan. Beberapa hari kemudian, salah seorang kepimpinan kami menghubungi keluarganya di Malaysia. Oleh sebab keluarganya adalah orang parti dan parti mereka telah menang, bersemangat dan menjurai-jurai airmata kegembiraan yang ditempuhi.

Saya pada waktu itu yang tidak tahu apa erti perjuangan juga menitis airmata memikirkan bahawa 'susahnya perjuangan yang penuh suci ini.'



2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Berjuang tetap berjuang. Susah senang itu adalah sumber pahala....

myfahmi said...

Dan pada hari itu juga, di DPM Mansurah telah berlangsung bazar dan hari keluarga. Keputusan pilihanraya terkini diumumkan oleh DJ bazar membuatkan keadaan menjadi semakin gamat dengan bertalu-talu keputusan di luar jangkaan.

Apapun itulah realiti perjuangan, perit jerih perjuangan yang hakiki adalah berlandaskan perjuangan yang suci...

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang diredhai ALLAH... Ameen...