Bersembang di Harakah dan Berita Harian

DUA HARI berturut-turut saya mengadakan pertemuan dengan editor dan wartawan di pejabat mereka. Pada hari Rabu (3 Mac) saya mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman bersama Saudara Dinsman, Presiden PAKSI, para editor, wartawan dan penulis.

Perbincangan meliputi berkongsi pandangan berkenaan kemajuan akhbar Harakah di samping kami diminta memerah idea bagi memantapkan akhbar Harakah pada masa mendatang.

Banyak idea-idea baharu disumbangkan di samping pertemuan tertutup ini dijadualkan akan diadakan setiap minggu.

Hari Khamis (4 Mac) saya ke ruangan Sastera, Berita Harian bagi berbincang dengan Puan Salbiah Ani berkenaan Sayembara Novel Humor PTS yang akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti.

Semoga kerjasama PTS- Berita Harian ini akan berjalan dengan baik hendaknya.

Selepas ini mahu ke media mana pula?



Comments

Jika mahu ke Jalan Riong lagi saya mahu ikut tuan Syafiq =).
This comment has been removed by the author.
Wah! Tentu ada agenda penting, maklumlah berbincang dengan tokoh-tokoh penting....

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

JOM KE MESIR