Posts

Showing posts from May, 2009

Khutbah Raya Dr Jamil Hashim

Tetiba benda ini yang saya jumpa.
Dr Jamil Hashim adalah Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
Saya merakamnya pada pagi 1 Syawal 1429H di Kompleks Dataran Hayyu Asyir, Kaherah.


Terima Kasih

Image
Di antara buku-buku yang dijual di Kedai Buku PMRAM. Antologi saya juga masih ada di tengah-tengah rak itu. Barangkali masih belum terlewat untuk mendapatkannya.

SELAMA hampir tujuh bulan selepas penerbitan Antologi 'Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta' saya langsung tidak ambil pusing tentang proses pemasaran.

Barangkali saya bukan seorang usahawan yang terbaik. Tetapi saya seronok bekerja dengan pekerja yang meminati dunia pemasaran. Ingat lagi, ada yang mengatakan pada saya, anda pilih dua, sama ada ingin menjadi penulis atau peniaga. Ya. Saya akui. Saya tidak mampu melakukan kedua-dua kerja dengan sebaiknya.

Saya mampu menjadi penulis yang baik namun tidak dapat menjadi seorang peniaga yang baik.

Antologi 'Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta' (gambar kulit di kanan laman ini) menghimpunkan lima orang penulis. Alhamdulillah, saya yang menjadi penyelenggara dan proses penerbitan dan pemasaran dibantu oleh rakan-rakan.

Jika saya buka syarikat, barangkali saya memilih Saudara Moh…

Pulang Malaysia, Rumah PMRAM dan Nizar

Image
Undang-Undang Tubuh PMRAM tidak melarang seorang 'mantan' tinggal di dalam rumahnya.

SUNGGUH tidak adil. Barangkali itu di antara perkataan dan kalimah yang sesuai saya lontarkan. Pada saat dan ketika kita sedang menghadapi peperiksaan, kawan-kawan yang lain ada yang sudah pulang ke Malaysia mengangkat bagasi untuk pulang ke Malaysia.

Pertama, adinda yang menuntut di Maahad Qiraat Shoubra di tahun 1 dan 2. Barangkali ada yang sofi (berjaya semua paper), dan sementelah natijah keluar akhirnya mereka pulang. Alhamdulillah rezeki mereka.

Kedua, kepada adinda dan kekanda yang tidak membawa madah (paper) banyak. Terutamanya yang membawa paper al-Quran sahaja. Semestinya paper tersebut sudah tamat dan berbondong-bondong di antara mereka meninggalkan Kota Kaherah. Tahniah juga diucapkan.

Saya? (ketawa sendiri) Masih bersisa baki tiga kertas bertulis dan seharian (tarikh belum keluar) menghadap pensyarah untuk ujian lisan.

Apapun, pulang Malaysia merupakan satu kemestian kerana banyak tang…

Siapa Nama Ibu Imam Syafie?

Image
Salasiah dan Pengenalan tentang perkara ini diletakkan di sebelah Makam Imam Syafie.
Barangkali di sini ada jawapannya.

"SAYA berdoa, moga-moga saya menjadi hamba yang mengenal salasiah mazhabnya sendiri."

Kebanyakan ulama, mengatakan bahawa nama sebenar ibu Imam Syafie adalah Ummi Habibah Uzdiyyah. Ada juga yang menyebut Usdiyyah. Riwayat ini adalah daripada Anas bin Malik. (Saya baca daripada kitab Umm sendiri)

Walaubagaimanapun, terdapat satu riwayat daripada Imam Al-Hakim An-Nisaburi menyatakan bahawa ibu Imam Syafie bernama Fatimah bt Abdullah bin Al Hassan bin Al Hussin bin Ali bin Abi Talib (keturunan Saidina Ali ke atas)

Adakah riwayat daripada Imam Al-Hakim ini bercampur dengan pengaruh Syiah? Dikatakan bahawa Imam Zahabi pernah menyatakan bahawa Al-Hakim terpengaruh dengan Syiah. Apapun hujah ini saya tidak pasti.

Apapun, kebanyakan ulama dan ahli sejarahwan berpendapat bahawa nama ibu kepada Imam Syafie adalah Uzdiyyah.


Filem Bakal Meletup : SYURGA CINTA

Imam Syafie di Mesir

Image
Nik Rosdi di hadapan makam Imam Waqi'

Baca sendiri ya apa yang ditulis

SALAH SATU Imam empat mazhab wafat di Mesir. Beliau adalah Imam Syafie R.A. Mazhab Syafie merupakan salah satu mazhab yang digunakan oleh umat Islam di negara kita Malaysia.

Bagaimana pengaruh mazhab Imam Syafie sampai ke Malaysia? Pelik bukan? Sejarah menunjukkan bahawa ulama nusantara terkesan daripada pengaruh Yaman dan Hadarul Maut.
Madrasah Al-Attas sebagai contoh, sebuah institusi pengajian Islam yang dibuka di negeri Johor demi meneruskan kelansungan pendidikan Islam daripada negara Arab tersebut.

Saya sedang mengkaji sejarah penting negara iaitu perdagangan Islam yang bermula daripada Melaka hasil daripada pengaruh secara langsung negara-negara Arab di sebelah Timur Tengah ini.

Ada fakta-fakta menarik yang boleh dikongsikan.

Pertama, nama Imam Syafie sebenar adalah Muhammad bin Idris

Kedua, Imam Syafie lahir di Ghazzah, Palestin. (Dekat je dengan Mesir ni)

Ketiga, salah seorang guru Imam Syafie adalah Imam Waqi&…

PMRAM : 79 Tahun

BARANGKALI ruang untuk saya menulis ucaptama atau ucap dasar di dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) tiada. Ya. Siapalah saya. Seorang insan yang tidak punya apa-apa lagi.

Saya juga bukan Presiden PMRAM. Maka, tiada satu ucaptama atau ucap dasar yang wajar saya lakarkan. Tetapi, atas dasar saya seorang penulis, ada beberapa catatan yang ingin saya sampaikan.

1. 79 TAHUN PERJUANGAN PMRAM

Meniti penubuhan PMRAM sebagai sebuah persatuan di bumi Mesir ini yang sudah sampai ke tahun 79 amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi usia 79 tahun merupakan usia yang diistilahkan sebagai kepikunan. Seorang tua yang diberikan kesihatan di dalam usia menua ini akan turut menerima tempias yang sama. Pertama, sakit tua dan tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Tetapi barangkali usia 79 tahun ini bukan hanya sebuah retorik kepada PMRAM. Menyelusuri perjuangan PMRAM selama hampir lapan dekad yang lalu, kita dapat merasai bagaimana PMRAM menghadapi cabaran dan rintangan sebagai salah sebuah persatua…

Melabel Profesional

Image
Penulis juga salah satu kerjaya profesional. Saya sedang membicarakan peranan Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM mewakili suara angkatan KELAP di Mesir

UCAPLAH dan cakaplah apapun juga kalimah yang menarik dibibir anda, saya tidak akan bersetuju sekiranya mahasiswa ataupun golongan agamawan diletakkan di tempat kedua di dalam masyarakat.

Ya. Saya sedari perkara ini semenjak isu PROTAZ bermula Protaz adalah singkatan bagi profesional ustaz. Ramai mengatakan Dr. Danial Zainal Abidin sebagai protaz. Ini bermakna seorang doktor perubatan yang mampu bercakap hal ehwal agama. Ramai juga yang melabelkan Saudara Hafiz Firdaus Abdullah sebagai protaz kerana seorang juruterbang yang mampu bercakap soal agama.

Pada hemat saya, anda harus buang pemikiran semua itu. Siapa juga mereka, mereka tetap Mukmin-Islam. Selesai.

Tetapi perkara yang lebih besar yang mahu saya bangkitkan adalah mengapa orang agama tidak dilabel golongan profesional? Anda ingat orang agamawan tidak profesional kah?

Anda ingat m…

UMNO-PAS : Ulasan Peribadi

TERINGATKAH anda Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung akhir Mac lalu menyaksikan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) diheret masuk di dalam persidangan tersebut?

Begitulah senario yang kerap kali berlaku setiap kali perhimpunan tersebut berjalan. Nama PMRAM 'gah' merentasi benua Asia, Afrika, Eropah malah Australia. Ia tidak lain dan tidak bukan membawa dan memperkenalkan kepada dunia bahawa PMRAM sebagai sebuah pertubuhan 'keparat' kepada bangsa UMNO yang sudah tidak selesa menghadapi suasana politik pada hari ini.

PMRAM dilabel sebagai pembangkang dan menjadi dalang menarik mahasiswa baru semenjak tiba bermula daripada lapangan terbang.

Pada 3 hingga 6 Jun ini, satu lagi perhimpunan sebuah parti Melayu-Islam akan bersidang. Muktamar Sanawi PAS kali ke-55 akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Apa sahaja usul yang bakal dibahaskan nanti tentunya akan menjadi agenda utama agen-agen UMNO untuk menjadikan akhbar mereka 'panas' seperti har…

Perjuangan Penulis Muda : Perjuangan Apa?

Image
Saudara Faisal Tehrani sedang membicarakan teknik penulisan novel di dalam Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara pada 08 Ogos 2007.

Perhimpunan Penulis Muda Nasional telah tamat hari ini di Ayer Keroh, Melaka. Tentunya pelbagai resolusi yang dibentangkan. Cukup sahaja membaca ucaptama Dr. Anwar Ridhwan yang mengkritik PPSMI dan penggunaan bahasa Inggeris yang masih cacamarba.

Artikel daripada Berita Harian Online

Perjuangan penulis muda: Perjuangan apa?
Oleh Baha Zain
bahazain.blogspot.com

Generasi baru berdepan cabaran apabila bahasa Inggeris dianggap lebih berdaya saing

PADA 22 hingga 24 Mei ini sekumpulan penulis muda berhimpun di Melaka Bandar Raya Bersejarah. Apakah mereka akan menangani masalah sejarah tertentu atau mengimpikan sesuatu yang gemilang pada masa depan, baik atas nama peribadi atau suatu gerakan. Pokok perbincangan menjurus kepada: 'Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran', ungkapan yang bersifat umum dan lebih cenderung kepada sebuah pertanyaan.

Empat tahu…

HSKU dan Dunia Kesusasteraan

Image
Cikgu Azizi Abdullah (baju hitam) dan Prof Dr. Hashim Awang (baju biru) ketika di Akademi Seni Budaya dan Warisan Malaysia (ASWARA) dua tahun lalu.

DI DALAM sela masa dua bulan ini, Utusan Malaysia sedang giat mempromosikan Minggu Sastera Utusan. Program Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) akan diadakan pada 19 Jun nanti di Istana Budaya.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan berkenaan HSKU. Baca lagi di

Masjid Al-Azhar : Pusat Pendidikan Awal di Mesir

Image
Gambar ini dirakam ketika saya selesai solat Jumaat di Masjid Al-Azhar, minggu lalu.

Masjid Al-Azhar merupakan salah sebuah pusat pendidikan terawal di bumi Mesir. Sama ada ilmu fekah, tauhid, hadis, quran, dan pelbagai ilmu lagi dimulakan di kawasan ini.

Mengikut catatan sejarah, masjid ini telah didirikan pada zaman kerajaan Fatimiyah selama dua tahun. Proses pembinaan terjadi selepas kerajaan Fatimiyah dapat menakluk Mesir. Oleh yang demikian, Jeneral Jawhar Al-Saqili telah mengarahkan untuk membina masjid ini bagi menjadikan pusat ibadah kepada tentera Jawhar Al-Saqili yang bermazhab Syiah Ismailiyah.

Masjid ini juga dianggap sebagai masjid Syiah pertama pernah dibina di Mesir dan menjadi keagungan daulah Fatimiyah pada ketika itu.

Apakah benar unsur Syiah menjadi asas di dalam pendidikan awal di Masjid Al-Azhar? Bagaimana datangnya fahaman Ahli Sunnah selepas itu? Ya. Mengikut catatan sejarah juga, asalnya, pendidikan awal masjid ini dipelopori oleh pengikut mazhab Syiah, namun selep…

Ustaz Nazim Sudah Pulang

Image
Ustaz Nazim (kanan) bersama Tun Hairul di pejabat PMRAM

Ustaz Nazim meninggalkan bandar Kaherah tengahari ini. Jumaat, 22 Mei 2009. Selepas menduduki peperiksaan pada hari semalam, beliau meninggalkan Kota Kaherah kerana harus menjalankan amanah sebagai seorang 'pendidik' di negeri utara Semenanjung Malaysia, Perlis.

Ustaz Nazim adalah seorang pendidik di IPTIP (Institusi Pengajian Tinggi Islam Perlis), ala-ala MARSAH di Johor. Di dalam masa yang sama, beliau merupakan pengurus besar Al-Hira Learning di Perlis. Tahniah tahniah.

Ustaz Nazim adalah mantan Naib Presiden II PMRAM sesi 2007.

Pesanan :

Nazim, dah sampai Perlis habaq kat che' noo!!!

Kes Nizar vs Zambry dan Peperiksaan

BUDAK-BUDAK Undang-Undang sedang membuat kajian kes terhadap keputusan mahkamah. Selamat membuat kajian.

Semalam, peperiksaan bagi madah 'Feqah'. Doktor mengeluarkan empat soalan peperiksaan.

Soalan pertama, berkenaan isu seputar hukum Nazar. Contoh : Kalau seorang perempuan dia bernazar selama setahun untuk berpuasa, kemudian di dalam masa setahun dia datang 'haid', jadinya hari yang dia datang 'haid' itu, dia perlu qada atau tidak?

Soalan kedua, seputar perbicaraan 'Syahadah'. Ini bukan mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, konsep menjadi saksi menurut Islam.

Soalan ketiga, seputar isu hukum hudud bagi peminum arak. Berapakah sebatan yang akan dikenakan bagi mereka yang minum arak mengikut undang-undang Islam?

Soalan keempat, adalah berkenaan binatang sembelihan dan perburuan.

Peperiksaan akan datang, kita akan berbicara dan mengendalikan hukum Qiyas, Ijtihad dan Sumber-Sumber yang tidak disepakati oleh ulama.

Hampir Pasti : Konvokesyen PMRAM Tiada!!!

Image
Konvokesyen Kedutaan

Konvokesyen PMRAM

"PMRAM mungkin tidak mengadakan konvokesyen pada tahun ini."

INI kenyataan saya. Jikalau kalian mahukan kepastian, selepas peperiksaan nanti, sila hubungi Presiden PMRAM untuk maklumat lebih tepat. Dan, sebab itu saya banyak fikir tentang konvokesyen ini.

Pertama : Bagaimana KBMK atau JPMK menghormati PMRAM sebagai salah sebuah persatuan di Mesir untuk turut terlibat menjayakan konvokesyen pihak kedutaan.

Kedua : Bagaimana ahli PMRAM yang akan marah pada PMRAM kerana tidak mengadakan program ini.

Ada beberapa faktor yang menjadi alasan mengapa mahasiswa memilih konvokesyen PMRAM berbanding konvokesyen kedutaan. Tetapi saya tidak mahu membincangkan perkara remeh-temeh ini.

Dan, seingat saya tahun lalu pun, ramai mahasiswa yang sudah menyertai konvokesyen kedutaan pada bulan Ogos, masuk semula dalam konvokesyen PMRAM buat kali kedua. Mengapa mereka masih mahukan konvokesyen?

Majlis Konvokesyen adalah penting bagi setiap mahasiswa tahun akhir…

Peperiksaan Musim Panas

Image
SEMENJAK tahun pertama di Universiti Al-Azhar saya ditempatkan di beberapa tempat untuk menghadapi peperiksaan. Tahun pertama, saya ditempatkan di bawah 'khemah'. Pengalaman di bawah khemah adalah sangat menarik kerana sambil peperiksaan di bawah khemah, waktu itu jugalah pekerja-pekerja khemah akan membetulkan khemah kerana khemah tidak diikat dengan kemas.

Tahun kedua, saya ditempatkan di dalam bangunan. Ya. Seperti rajah di atas. Tetapi, saya dimasukkan di dalam bilik peperiksaan yang lengkap berskala kipas angin yang baik dan sempurna.

Tahun ketiga juga di dalam bangunan yang serba baik kapasiti dengan kemudahan kipas yang ligat berputar serta suasana aman dan tenteram.

Tahun keempat ini, saya sekali lagi menerima nasib seperti tahun pertama; saya diletakkan di bawah khemah. Dan, kali ini khemah telah bertukar kepada atap kekal (zink).

Tahukah kalian bagaimana perasaan duduk di bawah zink dengan kapasiti cuaca musim panas Kaherah 40 darjah ke atas?

Semalam adalah buktinya. Kert…

Macam-Macam Hal

RAMAI wartawan tidak diundang bertanya kepada saya, "Saudara selepas tamat belajar nanti mahu memilih kerjaya bagaimana?"

Seorang pegawai kerajaan berkata :

"Ana rasa enta sesuai mohon 'pegawai tadbir' atau seangkatan dengannya, Gred 41. Ataupun pelbagai kerja yang ada sekarang dalam sektor awam ni. Enta kena jadi orang agama yang masuk dalam kerjaya sebegini. Bukan mudah orang agama masuk dalam industri pentadbiran ini. Gaji pun 'masyuk' dan elaun macam-macam. Senang."

Seorang guru berkata :

"Bila lagi nak didik anak bangsa, pengalaman enta dah banyak dah. Pernah jadi guru. Tapi kalau enta nak jadi pensyarah kena sambung buat Master lah. Untung-untung dapat merantau ke negara orang lagi untuk sambung pelajaran."

Seorang pegawai syarikat swasta :

"Kerja swasta ni tak payah terikat dengan kerajaan. Gaji pun boleh tahan lah. Kalau setakat RM 1,800 tu, insya-Allah. Tiada masalah. Tapi elaun tu..."

Seorang ahli UMNO :

"Kita kena bantu U…

SKBU 2 : Pendidikan Awal Yang Paling Bermakna

Image
Pendidikan Rendah saya 1992-1997


Akhbar Hari Ini
(Utusan Malaysia, Selasa 19 Mei 2009)

Sambutan Hari Guru SKBU2 meriah

JOHOR BAHRU 18 Mei - Sebanyak 90 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru UDA 2 (SKBU 2) di sini diraikan oleh 1,642 murid sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Guru Besarnya, Fauziah Hassan berkata, pelbagai acara diadakan antaranya bacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah yang disampaikan di sekolah berkenaan.

"Acara kemuncak bagi meraikan hari paling bermakna ini diserikan dengan pemotongan kek dan menandatangani banner Hari Guru.

"Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa guru dalam mendidik anak bangsa kita telah menyediakan 15 anugerah kepada guru-guru berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia, pada majlis sambutan itu di sini hari ini.

Jelas Fauziah, antara anugerah itu ialah guru aktif, guru inovatif, guru popular, panitia aktif, tandas terbaik, guru harapan, bilik khas terbaik dan banyak lagi.

Menurut beliau, pada keseluruhannya sambutan yang…

Minggu semarakkan sastera

Image
Tuan Ishaq Hanis (kanan) sedang memikirkan karya-karya baharu untuk dipersembahkan
Mingguan Malaysia (17 Mei 2009)Oleh Hafizahril HamidDALAM menghayati pembangunan yang semakin mekar, masyarakat secara umumnya menyatakan pelbagai pandangan dan persepsi tentang kepentingan berkarya dalam mewarnai dunia sastera negara. Ada yang menyatakan pengamal sastera perlu radikal dalam menyampaikan idealisme mereka. Terdapat kelompok yang memandang sastera sebagai sesuatu yang tidak lagi relevan dalam kepesatan pembangunan dan dunia teknologi maklumat. Namun walau apa pun pandangan dan cita rasa yang pastinya kemeriahan berkarya dunia sastera tidak akan surut malah akan terus subur dan mekar mengikut kesesuaian zaman dan melangkaui pemikiran. Oleh itu dalam memperkatakan soal memperkayakan dunia sastera, peranan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang telah dimulakan sejak tahun 1985 pastinya tidak boleh dikesampingkan. HSKU yang digerakkan atas kesedaran memartabatkan warisan sastera di kalangan …

Masakan Musim Peperiksaan

Image
Musim peperiksaan adalah waktu yang paling seronok untuk memasak. Pertama, kerana ruang untuk berlibur sementara ada. Selepas penat membaca, ruang itu diisi oleh masakan yang bermacam-macam.

Saya ada pendirian yang berbeza. Semakin waktu hampir kepada peperiksaan, semakin malas untuk memasak. (baca : waktu biasa pun sama juga kerana tidak minat memasak)

Terkenang zaman-zaman dulu, waktu peperiksaan ini ada chef peribadi. Dialah yang selalu masak-masak untuk kami. Tetapi sekarang dia dah kahwin. :)

Apapun, kenangan itu kembali beraksi hari ini. Masakan cam-pa-da berulang kembali. Ustaz Hairul paling minat masak lauk cam-pa-da. (campak apa yang ada)

Waktu peperiksaan ini, masakan campada adalah masakan paling utama dan berharga. Jimat masa dan cepat kenyang. Kemudian, kita boleh sambung membaca semula.

CERPEN

Image
Cerpen ini telah terbit di Akhbar Berita Minggu tahun lalu. 18 Mei 2008. Sengaja saya mahu berkongsi kerana masih ramai belum membacanya.


HADIAH UNTUK USTAZ
Oleh Syafiq Zulakifli

RINTIK hujan yang membasahi zink kaki lima sekolah masih belum berhenti. Sejak dua hari lepas hujan lebat membasahi kawasan persekitaran. Meladeni suasana dingin begini sememangnya tidak wajar. Nanti kantuk yang berbisa terus terbuai dengan mimpi-mimpi indah di siang hari. Usah disalahkan pelajar, guru sendiri juga tersenguk-senguk dalam kepenatan. Lumrah.

Ustaz Zaidi segera menyudahkan solat Zuhur di surau sekolah. Kemudian, dia meredah susur gajah sekolah ke bangunan pentadbiran. Sesekali rintik-rintik hujan menerkam baju yang dipakai. Biarpun begitu, dia terus berlari-lari anak untuk menyempurnakan sesi pengajaran petang itu.

Semenjak dua bulan bergelar ustaz di sekolah tersebut, hatinya sudah akrab sebagai seorang murabbi. Cita-citanya satu. Dia hendak melahirkan pelajar-pelajar yang mampu mengenal tuntutan Is…