Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, April 29, 2009

Bebas Institusi Fatwa


SAYA kini berada di tahun pengajian akhir. Di dalam kitab Feqah Perbandingan, perbincangan yang dibahas adalah berkenaan kehakiman. Di dalam kitab Feqah pula ilmu hudud dibincangkan. Paling menarik, di dalam Usul Feqah, syarahan yang dibentangkan kepada mahasiswa Fakulti Syariah Undang-Undang tahun akhir adalah berkenaan Qiyas iaitu salah satu daripada sumber hukum yang disepakati oleh ulama selepas Al-Quran, Al-Hadis, dan Ijmak Ulama.

Saya bersetuju sekiranya Pusat Fatwa di Malaysia dijadikan satu badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pentadbiran. Ini bermakna di Malaysia, ketua di dalam mengeluarkan pandangan berdasarkan hukum syarak adalah MUFTI.

Oleh kerana saya melihat mufti-mufti kita di Malaysia sudah ada 'virus' politik, saya memang mengesyorkan agar badan bebas ditubuhkan bagi menyelamatkan masalah-masalah umat Islam.

Islam perlu diletakkan ditempat tinggi. Oleh yang demikian, tidak layak jika dikatakan MUFTI perlu ada BOS! Sedangkan BOS kepada MUFTI adalah Al-Quran dan Al-Hadis.

Ramai yang anti Dr. Asri. Tetapi saya syorkan anda baca rencana ini.

Klik di sini

*****

Baru-baru ini kecoh isu hak jagaan anak. Justeru, ada perbincangan yang dibuat oleh Dr. Asri.

Baca di sini komen Dr. Asri.

Memang kena penampar 'buku lima' lah Pengerusi Pusat Fatwa Kebangsaan. Saya tidak pro mana-mana. Saya tidak taasub pada mana-mana Tuan Guru. Saya hanya seorang penulis yang kerdil diberikan akal waras oleh Allah untuk berfikir.

Salam Peperiksaan...


Tuesday, April 28, 2009

KONVOKESYEN : Wajarkah PMRAM Teruskan?


PADA tahun lalu (2008) saya ditaklifkan (diberi amanah) untuk mengetuai Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC). Untuk pengetahuan, tahun lalu, FKAMC adalah program yang diadakan buat kali yang ke-16.

Pengalaman menjalankan program MEGA ini adalah suatu yang memberi makna. Terima kasih kepada Ustaz Shahrizan dan Ustazah Nor Hidayah Che Yusof yang membantu. Juga kepada semua Jawatankuasa Pelaksana yang telah sama-sama gembleng tenaga untuk memantapkan lagi sistem konvokesyen tahun lalu.

Namun, daripada sisi yang berbeza; wajarkah program konvokesyen ini diadakan pada tahun ini? Sedangkan program ini juga diadakan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Ada beberapa faktor yang menjadi punca mengapa perkara ini berlaku.

Apapun, untuk sesi 2009, sebagai pemerhati kepada PMRAM, saya membuka seluas-luasnya kepada anda (mahasiswa) untuk memberikan pandangan, wajarkah program ini diteruskan.

Tambahan : PMRAM pernah mengadakan Festival Konvokesyen bersama-sama KBMK pada tahun 2006.

PECUTAN AKHIR


Alhamdulillah. Keadaan seperti sedia kala. Walaupun demikian, saya seharusnya menjaga kesihatan diri. Peperiksaan semakin hampir. Wow! Ini pecutan akhir yang sepatutnya disusun.

Insya-Allah. Doakan saya.

Jadual peperiksaan semester akhir sudah keluar. Mahu tidak mahu, wajib peperiksaan itu dihadapi dengan ketenangan dan semangat yang berkobar-kobar. Ada dua pilihan sahaja. Mahu pulang atau mahu mengulang.

Ada satu perangai yang tidak boleh diikut. Lihat dialog ini.

A : Bagaimana persiapan enta?
B : Aku rasa nak mengulang lah. Nak bawa sedikit untuk tahun akan datang.
A : Kenapa pula?
B : Ini dah tahun akhir. Kalau aku lulus, confirm kena balik. Aku ingat nak belajar lagi.
A : Kiranya kau nak stay Mesir dulu la...
B : Ya. Kalau aku luluskan, mak aku confirm tak bagi aku duduk Mesir lagi.
A : Habis tu, ini caranya yang kau terpaksa lakukan.
B : Ya. Dah tak ada cara lain...

(Moral : 'B' bukanlah sembarangan orang. Malah, orang cerdik pandai.)


Monday, April 27, 2009

Sakit Itu Nikmat

Tidur di katil hospital lebih selesa rupanya

SUDAH lama tidak ditimpa ‘sakit’. Malah, dalam masa setahun saya akan risau kerana saya tidak sakit. Tetapi, hari ini apabila sakit datang, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya nikmat yang dirasai sebelum ini dapat juga dihalang kerana kesakitan.

Alhamdulillah.

Kali terakhir saya sakit ‘semacam ini’ adalah pada 8 Ogos tahun lalu. Ingat lagi, waktu itu saya tidak dapat hadir ke dalam usrah mingguan hari Jumaat. Lantas, seorang teman ini yang membelikan makanan dan menghidangkan kepada saya. Aduh! Terharu…

Hari ini. Pagi-petang-malam. Meragam. Badan berbisa. Otot sakit. Tapi saya gagah juga datang ke kelas tambahan di Hayyu Asyir. Peperiksaan punya pasal. Kalau tidak, memang sudah malas nak datang.

Oleh kerana penyakit yang sama berulang-ulang ketika tibanya musim panas, maka saya buat keputusan biarkan sahaja. Mahu lihat, esok boleh sihat atau tidak secara tiba-tiba. :)

Dana Penerbitan Buku Tiada?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
(Gambar ihsan blog Puan Ainon)

Saya menulis artikel ini pada akhir 2007. Dan artikel ini terbit di Suara Kampus Edisi Johor di Mesir.

Selepas saya menonton rancangan Di Luar Lingkungan (DLL) yang dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Puan Ainon, Puan Nisah dan Encik Khir, ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan bersama.


Kerajaan Perlu Beri Dana Khas Untuk Penerbitan Buku
Oleh Syafiq Zulakifli

Dunia penerbitan buku adalah satu daripada proses penghasilan bahan ilmiah. Dewasa ini, setiap syarikat penerbitan telah berlumba-lumba bagi menghasilkan karya yang terbaik dan mampu untuk dihidangkan kepada masyarakat amnya.

Walaupun masalah budaya membaca rakyat Malaysia masih lagi belum dapat diselesaikan, tetapi pihak penerbitan tidak 'lena' untuk menerbitkan buku di pasaran setiap hari.

Namun, sejauhmanakah langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memajukan industri penerbitan buku ?

Lihat sahaja, pembangunan pesat ekonomi khusus di selatan, utara dan pantai timur semenanjung menunjukkan kerajaan telah berusaha ke arah meningkatkan taraf ekonomi dan pembangunan negara. Namun, jika negara yang pesat dan membangun ini tidak dianggotai oleh modal insan yang berintelek ini, maka adalah mustahil negara akan setanding dan setaraf dengan negara-negara membangun yang lain.

Hal ini terbukti apabila tiada peruntukan serta dana yang khusus diberikan kepada sektor penerbitan negara. Malah, masalah ini lebih meruncing apabila harga buku-buku di pasaran yang terlalu mahal sehingga mencecah RM 20.00 setiap satu buah buku yang hanya mempunyai sekitar 100 hingga 200 muka surat.

Inilah punca utama yang dikenalpasti sebagai penyebab kegagalan institusi kekeluargaan membelanjakan wang kepada anak-anak untuk membeli sebuah buku di kedai. Malah, masalah ini juga lebih ketara kepada keluarga yang berpendapatan rendah sekaligus menjadikan peluang untuk mendapatkan buku-buku di pasaran tidak tercapai.

Skim pinjaman buku teks yang disediakan secara percuma oleh kerajaan memberikan peluang yang sama-rata kepada anak-anak di sekolah untuk menghadiri kelas dengan lebih sempurna. Dan, sedari itu sudah wajar kerajaan mengambil inisiatif untuk memperuntukan sejumlah dana yang khusus kepada sektor penerbitan negara melalui Kementerian Penerangan Malaysia atau kementerian-kementerian yang mempunyai autoriti mengeluarkan modal untuk percetakan buku di negara Malaysia.

Tanggungjawab Percetakan Nasional Berhad dilihat sebagai salah satu medium terbaik untuk merangsang penerbitan buku dengan lebih sempurna. Buku-buku ilmiah karangan penulis-penulis mapan tanah air wajar dicetak dan diberikan secara percuma di semua sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi.

Mungkin ada pihak yang menjadikan alasan bahawa harga kertas yang terlalu mahal adalah punca masalah harga buku di pasaran yang terlampau tinggi. Justeru, penggemblengan tenaga dan usaha pihak kerajaan bagi memperuntukan modal ini sudah wajar diambil kira.

Beberapa pihak cuba membandingkan pengeluaran kertas di Timur Tengah yang dilihat lebih murah berbanding dengan negara sendiri. Oleh yang demikian, pihak-pihak bertanggungjawab ini perlu berfikir secara rasional sama ada mencetak buku untuk memberikan ‘ilmu’ atau keuntungan semata-mata.

Oleh itu, tindakan yang rasional adalah wajar difikirkan sebelum modal insan yang kita akan lahirkan nanti seimbang dengan kepesatan dan kemajuan teknologi dan pembangunan negara.


Sunday, April 26, 2009

Typeace Kritik Kerajaan Dan Pembangkang

SAYA tidak perasan bahawa penulisan saya melalui ruangan FORUM terbit di Utusan Malaysia pada hari Isnin 13 April 2009 yang lalu.

Tetapi apabila saya membelek ruangan google, terbit pula artikel ringkas saya berkenaan isu ini. Sebenarnya artikel ini sudah diubah suai oleh editor akhbar Utusan Malaysia. Apapun, terima kasih kepada editor yang memilih artikel saya ini.

Saya menulis artikel ini sehari selepas Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai menjadi pilihan para pengundi di tiga buah kawasan tersebut.

Baca artikel saya di sini


Saturday, April 25, 2009

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (2)

Pusat Pentadbiran Negeri Johor Baru (Nusajaya)

BARANGKALI terlalu banyak Pegawai Tadbir diperlukan selepas pembukaan pusat pentadbiran negeri Johor yang baru di Nusajaya. Kakak saya pun sudah berpindah pejabat di Nusajaya. Oleh kerana Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor berpindah ke kawasan ini, maka beliau juga turut berpindah.

Untuk anak-anak negeri Johor yang masih belum mengenal negeri sendiri, saya ingin memaklumkan bahawa YAB Dato' Abdul Ghani bin Othman masih dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Mengapa ramai orang masih menyayangi UMNO Negeri Johor? Saya pun sayang UMNO negeri Johor. (baca : habislah aku lepas ni...)

Untuk UMNO Johor sahaja. Yang lain...akan difikirkan kemudian.

Tambahan : Ini bukan artikel politik.

Friday, April 24, 2009

Makam Imam Waqi' : Guru kepada Imam Syafie

Makam Imam Waqi' di Kaherah, Mesir

SAYA sudah banyak kali ke kawasan ini. Tetapi baharu hari ini peluang untuk masuk ke Makam Imam Waqi' diizinkan oleh Allah.

Alhamdulillah.

Kembalikan Diri Pada Allah

SESUNGGUHNYA saya insan lemah. Insan kerdil yang Allah pinjamkan segala nikmat buat saya pada waktu dan tempoh sementara. Entah mengapa, saya merasakan diri perlu 'pulang' kepada Allah.

Saya mencari-cari jikalau ada persembahan yang elok dipamerkan buat menyedarkan diri. Dan, paling menakjubkan persembahan daripada Saudara Azhan Atan, pemenang Akademi Nasyid.

Ya Allah! Betapa Engkau Maha Mengasihani...




KU TAKKAN BERPALING
Akhil Hayy

Ku takkan berpaling.. dari agamaMu..
Segala fitrah, hadith dan sunnah..
Ku pasrahkan dan bersujud..

Hanya Kau yang satu..
Tempatku mengadu..
Tiada daya serta upaya..
Ku pohonkan doaku Ya Allah..

Tuhan.. berikanlah hidayahMu..
Oh Tuhan..ku bersyukur atas rahmatMu..
Oh Tuhan..limpahkan karuniaMu..
Kuatkan lah imanku...
Luaskan fikiranku...
Lapangkan lah hatiku..
Ampunilah dosaku Ya Allah
Ya Tuhanku Engkau Maha Tahu...

Tuhan.. berikanlah hidayahMu..
Oh Tuhan..ku bersyukur atas rahmatMu..
Oh Tuhan..limpahkan karuniaMu..
Kuatkan lah imanku...
Luaskan fikiranku...
Lapangkan lah hatiku..
Ampunilah dosaku Ya Allah
Ya Tuhanku Engkau Maha Tahu...

Hanya Kau yang satu..
Tempatku mengadu..
Tiada daya serta upaya..
Ku pohonkan doaku Ya Allah..

Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..

Thursday, April 23, 2009

TYT : 'Tuan Yang Tertua'

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang yang telah mengajar saya sehingga ke Al-Azhar, Mesir

1
AMAT MEMALUKAN. Apabila berbicara soal protokol, saya di antara insan yang paling sensitif. Baru-baru ini di dalam satu persidangan, akronim bagi perkataan 'TYT' Datuk Duta dipersembahkan. Sungguh kecewa apabila jawapan yang diberikan adalah Tuan Yang Tertua.

Ya Allah! Anda belajar dari mana? Daripada protokol Gunung Lambak di Kluang kah?

TYT bermaksud Tuan Yang Terutama bukan Tuan Yang Tertua.

2

BARU-BARU ini di dalam program terbesar yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) seorang 'pengerusi majlis' telah memperkenalkan Pengarah JPMK dengan gelaran Yang Berhormat.

Wah! Tinggi sungguh etiket sosial seorang pengarah Jabatan Penuntut. Sepatutnya Yang Berbahagia sayang...bukan Yang Berhormat.

Tambahan : Mari masuk kelas protokol. Siapa mahu mengajar sila angkat tangan.


Tuesday, April 21, 2009

SIFU DI RTM : Penerbitan Buku Bahasa Melayu PTS Cemerlang


KALI pertama saya bertemu dengan Sifu PTS, Puan Ainon Mohamad pada 4 November 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Ketika itu, Puan Ainon mewakili PTS Publication Sdn. Bhd. (salah satu syarikat buku Melayu terbesar pada hari ini) di dalam menerangkan dunia penerbitan buku. Panel kedua adalah Puan Norimah Bajuri mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka (wakil kerajaan). Program yang sepatutnya dihadiri oleh panel ketiga iaitu wakil Alaf 21, tidak dapat hadir.

Walaubagaimanapun, bagi slot tersebut saya mendapat input yang berbeza. Pertama, perwatakan seorang penceramah yang mewakili sektor kerajaan (DBP) adalah lebih lemah berbanding dengan perwatakan seorang penceramah yang mewakili sektor swasta (PTS).

Maaf jika ada yang tidak menyenangi. Sekurang-kurangnya saya perlu belajar blue ocean strategy seperti yang diamalkan oleh syarikat swasta.

Barangkali pengalaman Puan Ainon yang terlalu banyak menyebabkan tokoh ini berjaya memikat pendengar di dalam menyampaikan hujah. Siapa yang tidak mengenali beliau, salah seorang tokoh wanita (seperti Perempuan Melayu Terakhir) yang berjuang mati-matian di dalam perarakan GMP pada awal Mac yang lalu di hadapan Istana Negara. Bagi saya, Puan Ainon adalah satu-satunya wirawati yang sanggup turun ke padang demi memartabatkan bahasa ibunda.

Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris) masih tidak berkesudahan walaupun sudah tukar kepimpinan. Tetapi baru-baru ini saya mendengar isu ini akan dibawa ke Parlimen. Saya tunggu sahaja.

Apapun, program Diskusi Bual Bicara Dari Luar Lingkaran yang membariskan dua orang tokoh wanita yang saya kenali iaitu Sifu PTS dan Puan Nisah Haron, aktivis sastera juga seorang pengarang wanita yang seringkali mengangkat tema perundangan di dalam karyanya, memberi pencerahan kepada saya.

Kali terakhir saya mendengar rakaman bual bicara Saudara Faisal Tehrani di dalam radio IKIM kurang sebulan yang lalu membicarakan karyanya ‘Tunggu Teduh Dulu’ dan semalam (20 April 2009) saya sendiri dapat mendengar keluh bicara Puan Ainon di dalam membentangkan masalah penerbitan dan bahasa Melayu itu sendiri. Syabas. Suara Sifu PTS sudah bergema di dalam kaca TV.

Sekurang-kurangnya pihak kerajaan tidak ‘memilih’ panel di dalam menyampaikan pandangan dan hujah. Tahniah. (Ni sayang kerajaan ni…)

Jika kalian mahu kenali lebih rapat dua orang tokoh ini, sila cari link beliau di sebelah ini. Pertama, Puan Ainon Mohamad dan yang kedua Nisah Haron.


Monday, April 20, 2009

Salam Hari Lahir Buat Dua Orang Teman

Katatz@Nile River
Encik Rafi yang 'sopan' orangnya

Katatz yang 'berani' ambil gambar dengan Presiden PMRAM, Tuan Haron Tuan Cob (2005)

Hanafiah dan Malik kat zoo...

BULAN April ini ramai teman-teman akrab saya menyambut hari kelahiran. Bermula 3 April, Ishaq Hanis dan Yazid Pardi. 9 April, sahabat saya Adlan Mokhtaruddin, 19 April, Rafi Sanusi@ katatz, 20 April (hari ini), Malik Tamrinan, 28 April Helmi Mohamed, 25 April Ustaz Taha Hassan. Wow. Terlalu ramai.

Sejujurnya saya tidak sempat meraikan semua kenalan-kenalan saya. Tetapi, saya masih tidak lupa setiap seorang teman-teman saya itu.

Betapa saya seorang yang paling cepat menghafal tarikh kelahiran seseorang apabila saya mengetahuinya. Ada yang saya berkelapangan untuk mengucapkan 'mabruk' dan ada pula sebaliknya.

Bulan April ini terlalu bermakna pada saya.

Mei nanti...lebih bermakna kerana hari lahir seseorang yang lebih 'istimewa'.

Mahathir Lokman : Tokoh Pengacara


Saya pernah menulis berkenaan dunia kepengacaraan di dalam artikel-artikel yang lalu. Boleh sahaja klik di sini.

Apabila membaca satu artikel di dalam ruangan Hiburan (hari ini) 20 Apri 2009 berkenaan seorang tokoh pengacara, cepat-cepat saya mengimbau kenangan-kenangan yang lalu.

Pakcik saya juga seorang pengacara di negara Singapura. Syarikat yang diberi nama Show Producer ini banyak menerima undangan daripada pihak-pihak sama ada di Singapura mahupun di Malaysia. Barangkali keluarga kami sudah 'biasa' melihat beliau yang terlalu sibuk menguruskan kerjaya. Apapun, tahniah kepada beliau. Adakah tempias itu bakal menyeberangi kepada saya, entah. Saya juga masih tidak ketahuan.

Baca artikel di Utusan Malaysia."Mahathir Lokman Mahal Pengalaman"