Langkau ke kandungan utama

Surat Terbuka Untuk JPMK dan PMRAM

Surat Terbuka Untuk JPMK dan PMRAM

SAYA amat pasti bahawa pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) akan membaca surat saya ini. Jika kalian tidak membaca barangkali pegawai kita di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sedang menatap.

Apa juga tafsiran saya, yang paling utama adalah terima kasih diucapkan kerana sudi membaca surat ini.

Tuan/Puan yang dimuliakan,

JPMK adalah satu organisasi kerajaan di bawah KPTM yang ditugaskan menjaga hal ehwal kebajikan dan masalah pelajar di Mesir. Apakah JPMK hari ini menyedari bahawa mereka ditugaskan menjaga kebajikan mahasiswa (baca kuat-kuat : mahasiswa) dan bukan pelajar sekolah.

Tindakan tanpa rasional yang dilakukan oleh JPMK hanya boleh mengundang kemarahan mahasiswa.

Kita harus menyedari bahawa pergolakan utama berlaku apabila JPMK telah menghantar satu surat kepada Syeikh Al-Azhar, memohon membatalkan program Pembacaan Kutub Sittah yang akan diadakan di Al-Azhar Conference Centre, Cairo (ACC).

Mengapa JPMK tidak berbincang dahulu dengan PMRAM sebelum membatalkannya? Apakah kuasa yang ada pada seorang pegawai membolehkan tindakan bijak ini dilakukan sewenang-wenangnya.

Kita harus menyedari bahawa sebilangan besar mahasiswa kita yang menuntut di Mesir bukan lagi memihak kepada kerajaan. Namun, sikap toleransi dan pemikiran terbuka ini harus diterjemahkan agar unsur-unsur tidak sihat seperti benci-membenci antara satu sama lain berlaku, tidak hormat kepada pentadbiran dan sebagainya masih terjadi di bumi Mesir.

Tuan/Puan yang dihormati,

Percayalah bahawa sikap buruk ini akan berterusan dari hari ke hari. Percayalah bahawa dunia 'dingin' ini akan terjadi sehingga hari kiamat walaupun KPTM menukar Pengarah JPMK dari tahun ke tahun.

Oleh hal yang demikian, jadilah seorang pegawai yang profesional dan tidak menganggu mahasiswa kita sewaktu belajar. Saya tidak pasti mengapa PMRAM tidak pernah dijemput di dalam program-program kerajaan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan ke Mesir.

Inilah sikap tertutup yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran JPMK dan perkara inilah yang menjadi penyebab kegagalan institusi kekeluargaan Islam yang memahami di antara satu sama lain.

(2)

PMRAM yang disanjungi,

Saya sudah puas menjawab bagi pihak kalian isu yang sedang berputar di Mesir. Sama ada isu itu memberi kemenangan kepada PMRAM atau kepada JPMK itu adalah suatu ketetapan yang lain.

Saya ada tanggapan begini.
PMRAM perlu bersikap berpersatuan di dalam bertindak sebagai sebuah persatuan gergasi di Mesir. Kita perlu memastikan bahawa institusi pendidikan mahasiswa adalah teras utama di dalam mentadbir mahasiswa. Kebajikan kepada mahasiswa adalah dasar utama di dalam menggerakkan setiap aktiviti mahasiswa.

Saya pasti sebagai sebuah organisasi pelajar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, PMRAM perlu memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh JPMK. (baca : tapi sehingga sekarang JPMK tidak pernah beri kerjasama kepada PMRAM)

Apa yang lebih penting adalah setiap perjumpaan yang dilakukan bersama JPMK hendaklah diluahkan dengan seadilnya. Saya risau jikalau setiap perjumpaan yang dilakukan oleh PMRAM dan JPMK tidak mendatangkan hasil namun hanya penat yang ditempuhi. (baca : nak ke JPMK di Mohandisen tu bukan dekat, naik teksi LE 50)

Tambahan :

Saya diminta mengutus sepucuk warkah kepada Perdana Menteri Malaysia menceritakan hal ehwal yang berlaku di Mesir. Apakah wajar dilakukan perkara ini?


Ulasan

UmmuL SyabinaR berkata…
ana rasa wajar ustaz utuskan surat ke PM.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Tulis surat itu! (Jangan khawatir, PTS tidak masuk mana-mana kontrak kerajaan, jadi rezeki PTS tidak ada kaitan dengan UMNOoo.)
zul berkata…
Salam ustaz... untuk makluman DESAK telah mengadakan pertemuan dengan KBMK pada 3/11/09 jam 2.30 ptg. lewat 1 1/2 jam (Temujanji jam 1.00).

tolong dapatkan maklumat sebenar daripada Adnan Wazir Pengerusi DESAK... Buat sesuatu supaya nama Prof Madya Dr Jamil Hashim disanjungi kembali.

Untuk Puan Ainon Mohd... ini bukan cerita UMNO atau PAS etc... Ini cerita FITNAH ... tolong selidik dahulu sebelum ALLAH turunkan bala kepada puan. MAAF ZAHIR BATIN.
Hadi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zul berkata…
Salam... anta masih menyiasat kesahihan berita yang ana sampaikan...lambat betul anta bertindak... nak tunggu salinan report polis ke...Mujur Prof. tidak mengambil tindakan undang-undang... jika tidak... akan ada ahli PMRAM masuk penjara di MESIR... ada ugutan berbentuk ancaman fizikal...BUNUH. So perlu berbuat sesuatu... sebab anta ada saham dalam FITNAH ini...
Bulan Mengambang berkata…
apelah saudara Zul ni...jgn la doakan bala menimpa org, ckapla perkara yg lebih baik..mga kita semua diampunkan Allah
Ezo berkata…
Saya saksi bahawa apa yang ZUL cakapkan itu benar,tiada yang dusta melainkan benar-benar belaka.Saya ikuti isu ini secara langsung.Cerita sebenar di Balai Polis diputar belit oleh "mereka yang tidak bertanggung jawab".

Untuk makluman, "seseorang" melalui blognya yang mana individu terbabit mengakui "mengejar" kereta kedutaan mengakui melihat Dr Jamil bercakap dengan PEGAWAI POLIS MESIR di Balai Polis.

Apa yang dikatakan itu benar.Namun,disebalik apa yang diceritakan adalah lebih besar,iaitu DR JAMIL bertindak "PROFESIONAL" dan "RASIONAL" apabila pegawai polis berkenaan bertanya, apakah tindakan yang hendak dikenakan keatas pelajar-pelajar yang terlibat "menahan" kereta KEDUTAAN?Hantar balik atau macam mana? Dr Jamil tidak memilih menghantar balik,sebaliknya membuat pilihan kedua.
Ezo berkata…
Sesudah itu,polis meminta Dr Jamil menyerahkan semula kain rentang tersebut kerana Dr Jamil sendiri tidak mahu tindakan diambil keatas pelajar berkenaan.

Sesudah itu,polis meminta Dr Jamil membuat laporan POLIS sekiranya kain rentang "DESAK" digantung sekali lagi selepas itu (selepas 29 Oktober).

Polis Mesir sendiri memberi jaminan akan bertindak menurunkan kain rentang berkenaan dan akan menangkap mereka yang terlibat seterusnnya dihantar pulang.

Maka pada 30 Oktober,kita tidak lagi melihat kain rentang berkenaan kerana ianya "mempunyai sebab yang disembunyikan".

Jangan cabar KEDUTAAN dan JPMK.Jangan cabar kesabaran mereka.Pegawai memang lama rasional.Siapa kita berbanding Dr Jamil yang memperoleh PHD Cairo University dengan pangkat MUMTAZ BISYYARAF!!!

fikir2kan....
Ezo berkata…
Dengar cerita perjumpaan 3 orang dari DESAK bersama JPMK yang meminta JPMK memohon maaf telah bertukar kepada DESAK MEMOHON MAAF KEPADA JPMK setelah mendengar alasan dari Dr Jamil!!!!
syauqah-el-wardah berkata…
ana tak faham lah.. tapi ana faham sikit-sikit.. apa-apa pun, walau seringan mana pun sesuatu berita, kena siasat dahulu. Inikan pula yang berunsurkan fitnah.

Ni komen secara umum sahaja.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)